PRISM+ Malaysia Teroka Kategori Kediaman Baharu dan Perkenalkan Paparan Dipacu AI
PRISM+ Malaysia Teroka Kategori Kediaman Baharu dan Perkenalkan Paparan Dipacu AI
- Hiburan lebih pintar dengan pengenalan siri TV Mini-LED, QLED+, dan LED yang dikuasakan oleh AI.
- Kategori pembersihan serba baharu menerusi pelancaran Vakum Kordles EvoSonic Ultra Detect dan Vakum Robot NanoBot.
- Kategori eksklusif pertama di Malaysia dengan pengenalan Pam Air HydroThrust, Mesin Basuh & Pengering Mini Spin, serta Penapis Udara Haiwan Peliharaan Arialum.

PRISM+ hari ini mengumumkan pelancaran paling bercita-cita tinggi di Malaysia setakat ini, dengan memperluaskan rangkaian TV serta memperkenalkan perkakas rumah dan gaya hidup. Langkah ini merupakan usaha jenama tersebut untuk memenuhi setiap sudut keperluan kediaman moden rakyat Malaysia.
Produk utama dalam pelancaran ini ialah Siri TV AI 2026, siri TV paling canggih daripada PRISM+ yang menawarkan pengalaman tontonan lebih pintar dan diperibadikan menerusi tiga varian: QD Mini-LED, Ultra QLED+, dan 4K UHD Google TV.



Selain itu, PRISM+ turut mencipta sejarah pasaran Malaysia dengan memperkenalkan Spin Mini Wash & Dry (mesin basuh-pengering mini pertama dalam kategorinya), serta Pam Air HydroThrust dan Penapis Udara Haiwan Peliharaan Arialum yang dibangunkan secara eksklusif untuk pengguna di Malaysia. Melengkapkan pelancaran ini ialah Vakum Kordles EvoSonic Ultra Detect dan Vakum Robot Pintar NanoBot yang menandakan kemasukan rasmi jenama ini ke dalam ekosistem pembersihan pintar.

Bagi meningkatkan kebolehcapaian pengguna, PRISM+ turut memperkenalkan PRISM+ EasyOwn, sebuah program pemilikan fleksibel yang menawarkan pilihan ansuran yang lebih mudah untuk rangkaian produk mereka. Pengguna Malaysia juga bakal menikmati sokongan pelanggan antara yang paling responsif di pasaran, disokong oleh perkhidmatan pelanggan 24/7, respons sembang langsung (live chat) dalam masa 60 saat, dan panggilan yang dijawab dalam masa dua minit.
Sempena pelancaran ini, PRISM+ mengumumkan perkongsian terbaharu dengan platform penstriman iQiyi, yang menawarkan kod langganan VIP Premium percuma selama 1 bulan kepada semua pelanggan TV PRISM+ baharu. Rangkaian rakan hiburan sedia ada kini termasuk VIU, durioo+, dan aplikasi MYTV Mana-Mana.
Ketua Pegawai Eksekutif PRISM+, Jonathan Wong berkata:
"Kami sentiasa percaya bahawa teknologi yang baik sepatutnya memudahkan kehidupan seharian, bukannya merumitkan atau membebankan kewangan. Ia juga harus dibina berdasarkan keperluan sebenar pengguna. Itulah sebabnya produk seperti HydroThrust dan Arialum dicipta; ia direka khusus untuk kediaman di Malaysia bagi menyelesaikan cabaran tempatan yang sebenar, dan bukannya produk katalog generik tanpa fungsi penyelesaian masalah. Kami sedang berusaha ke arah menawarkan penyelesaian mampu milik yang memastikan rumah anda berfungsi dengan lancar, sekali gus menjadi pusat sehenti untuk semua keperluan di bawah satu bumbung."
Rangkaian Produk Baharu & Ciri-Ciri Utama
1. PRISM+ 4K AI Google TV (Siri TV AI 2026)
Direka untuk memberikan pengalaman tontonan yang dioptimumkan secara masa nyata (real-time) menerusi pemprosesan gambar berasaskan AI yang meningkatkan kejelasan, kontras, dan warna.
- Pemproses Visual AI & Peningkatan Skala AI 4K: Mengubah kandungan resolusi rendah kepada kualiti hampir-4K dengan perincian yang lebih tajam.
- Teknologi QD Mini LED (Varian QD Mini LED): Kecerahan yang dipertingkatkan dan kawalan lampu latar (backlight) yang lebih tepat untuk pengalaman sinematik.
- Prestasi Dioptimumkan untuk Gaming (Varian QD Mini LED & Ultra): Menyokong permainan yang lancar dengan prestasi 120Hz, HDMI 2.1, ALLM, dan VRR.
- Integrasi Google TV: Penemuan kandungan yang diperibadikan, kawalan suara, dan sambungan rumah pintar.
2. Vakum Kordles EvoSonic Ultra Detect & Vakum Robot NanoBot
- EvoSonic Ultra Detect: Menampilkan Pengesan Kekotoran Pintar yang melaraskan kuasa sedutan secara automatik, Pencahayaan Habuk LED (lampu hijau untuk mendedahkan habuk halus), serta Penggelek Basah & Kering Aquamarine untuk mengemas dan memop serentak.
- NanoBot Smart Robot Vacuum: Sistem navigasi pintar untuk pemetaan rumah, fungsi vakum dan mop serentak, serta kawalan jauh melalui aplikasi PRISM+ Connect.
3. Pam Air PRISM+ HydroThrust
- Direka khas untuk rumah atas tanah (landed) di Malaysia, mampu mengepam air sehingga 36 meter tinggi (bersamaan lebih 10 tingkat) dengan operasi yang sangat senyap pada paras 29 desibel sahaja.
- Menampilkan TropicalArmour Exterior, iaitu penutup pelindung kalis cuaca untuk ketahanan luar rumah daripada cuaca panas dan hujan di Malaysia.
4. PRISM+ Spin Mini Wash & Dry
- Mesin basuh dan pengering mini kompak yang sesuai untuk membasuh pakaian bayi, pakaian dalam (delicates), atau basuhan kecil bagi mengelakkan pencemaran silang bakeria.
- Menampilkan Sterilisasi UV (pengurangan bakteria sehingga 99.99%) dan Pendispensan Detergen Automatik.
5. Penapis Udara Haiwan Peliharaan PRISM+ Arialum
- Sistem penapisan 3-peringkat berfokuskan haiwan peliharaan (HEPA-13, karbon aktif, Sterilisasi Ion Negatif & UV-C) dengan prestasi CADR 425 m³/h untuk menyedut bulu, habuk, dan menghilangkan bau kurang menyenangkan.
Harga Pra-Pesanan dan Ketersediaan
Semua produk baharu ini boleh didapati untuk pembelian dan pra-pesanan di Malaysia bermula 22 Mei 2026 menerusi laman web rasmi PRISM+ dan kedai runcit PRISM+ di seluruh negara.