Terkini | New

Tigrox Luaskan Sayap ke Seluruh Negara Melalui Watsons Malaysia di Lebih 300 Cawangan

Tigrox Luaskan Sayap ke Seluruh Negara Melalui Watsons Malaysia di Lebih 300 Cawangan, Memperkasa Konsep "Airway Longevity" Demi Kesihatan Keluarga.

Dengan teknologi pengekstrakan rebusan perlahan 65°C dalam format cecair yang mudah diambil, Tigrox menjadikan penjagaan pernafasan harian lebih praktikal, konsisten dan sesuai dengan gaya hidup keluarga moden.

Wellous, peneraju inovasi makanan kesihatan berfungsi di Malaysia, secara rasmi mengumumkan perkongsian strategik antara jenama unggulnya, Tigrox, bersama Watsons Malaysia, rangkaian peruncit kesihatan dan kecantikan terbesar negara. Dengan kehadiran Tigrox Tiger Milk King di lebih 300 cawangan Watsons di seluruh negara, Tigrox akan terus memperkukuh konsep "Airway Longevity", atau penjagaan kesihatan pernafasan harian sekali gus menjadikan penjagaan pernafasan lebih dekat dengan kehidupan harian keluarga Malaysia.

​Bagi kebanyakan keluarga, kesihatan pernafasan sering kali diabaikan dan hanya diberi perhatian apabila timbul gejala seperti batuk, rasa tidak selesa pada tekak, hidung sensitif atau masalah pernafasan ringan. Sebaik sahaja gejala tersebut reda, perhatian terhadap penjagaan pernafasan juga semakin berkurangan sehingga masalah yang sama berulang kembali.

Dalam persekitaran moden hari ini, sistem pernafasan sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran harian seperti jerebu, pencemaran udara, perubahan cuaca, kekerapan mengembara serta interaksi dengan orang ramai. Sehubungan itu, Tigrox memperkenalkan konsep "Kelestarian Saluran Pernafasan" (Airway Longevity), bagi menggalakkan keluarga beralih daripada penjagaan secara reaktif kepada pengurusan pernafasan harian yang lebih proaktif, demi membina asas kesihatan pernafasan yang lebih kukuh dan berterusan.

​Kerjasama ini melakar mercu tanda penting memandangkan Tigrox kini memperluas kehadirannya daripada platform dalam talian kepada pasaran runcit yang lebih luas di peringkat nasional. Melalui rangkaian cawangan Watsons Malaysia yang meluas serta sokongan ahli farmasi berkaliber, pengguna kini boleh mendapatkan Tigrox dengan lebih mudah dan yakin, sekali gus mengintegrasikan penjagaan pernafasan ke dalam rutin harian mereka dengan lebih mudah.

​Tigrox Tiger Milk King telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai "Minuman Cendawan Susu Harimau dengan Nilai Jualan Tertinggi di Malaysia", sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam kategori tersebut. Setiap sachet mengandungi 625mg Cendawan Susu Harimau premium, ramuan tradisional yang terkenal dalam menyokong kesihatan pernafasan dan system imun badan.

​Sebagai produk utama di sebalik konsep "Kelestarian Saluran Pernafasan" (Airway Longevity), Tigrox Tiger Milk King dihasilkan menggunakan teknologi pengekstrakan rebusan perlahan 65°C milik Tigrox sendiri. Teknologi ini direka khas untuk mengekstrak sebatian bermanfaat dengan caranya sendiri bagi mengekalkan kestabilan dan integriti formulasi. Format cecair ini membantu penyerapan yang lebih pantas dan lebih mudah dimanfaatkan oleh tubuh, di samping memberi beban yang lebih rendah kepada sistem penghadaman. Ia juga sesuai dijadikan pilihan penjagaan pernafasan

harian untuk kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai kesukaran menelan. Dengan format yang mudah dibawa dan tidak memerlukan bancuhan, Tigrox lebih mudah diserapkan ke dalam rutin harian yang sibuk, sekali gus membantu pengguna mengekalkan amalan penjagaan pernafasan secara lebih konsisten.

Majlis pelancaran kerjasama ini berlangsung di ibu pejabat Watsons di Kuala Lumpur, menandakan bermulanya fasa peluasan pasaran runcit Tigrox di seluruh negara.

​Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wellous, Andy Tan, berkata: "Kerjasama bersama Watsons ini bukan sekadar memperluaskan akses kepada produk, tetapi juga bagi memberikan kemudahan kepada pengguna untuk merasai sendiri pengalaman mendapatkan Tigrox di kedai fizikal. Walaupun kami telah membina pengaruh dalam talian yang kukuh, kami memahami bahawa ramai pengguna lebih gemar melihat dan memegang sendiri produk sebelum mencubanya. Jadi, dengan kehadiran Tigrox di Watsons, kami berharap dapat menjadikan penjagaan pernafasan lebih dekat dengan masyarakat dan mudah diserapkan dalam kehidupan seharian, sekali gus mengurangkan tekanan serta kegusaran yang sering hadir bersama masalah kesihatan yang berulang."

​Sementara itu, Rakan Kongsi Jenama Tigrox, Jack Lim, turut berkongsi pengalaman peribadinya: "Saya sendiri pernah mengalami ketidakselesaan pernafasan ketika kecil, dan keluarga saya pernah mencuba pelbagai cara tradisional, termasuk daging buaya. Pada waktu itu, pilihan yang ada tidak banyak dan ramai keluarga bergantung kepada pengalaman serta petua turun-temurun. Hari ini, sebagai seorang artis, penyampai radio dan penerbit yang banyak bergantung kepada suara, saya lebih faham sekarang betapa pentingnya penjagaan pernafasan harian. Bagi saya, penjagaan kesihatan hanya akan berkesan jika ia mudah dan boleh diamalkan secara konsisten.

​Apa yang membuatkan saya yakin dengan Tigrox bukan sahaja kerana ia mudah diminum, tetapi juga kerana adanya pasukan penyelidikan dan pembangunan produk Wellous yang kukuh, bersama Medical and Research Board of Advisory (MRBA) yang menyediakan semakan profesional serta sokongan dalam pembangunan produk. Ini memberi saya lebih keyakinan terhadap produk tersebut. Pada masa yang sama, Tigrox menjadikan Cendawan Susu Harimau dalam bentuk sachet cecair sedia diminum, supaya penjagaan pernafasan lebih mudah dimasukkan ke dalam kehidupan harian. Kini dengan kehadirannya di Watsons, lebih ramai keluarga boleh memulakan penjagaan pernafasan harian dengan lebih mudah."

Bagi merancakkan lagi kolaborasi ini, Tigrox turut melancarkan kempen penjenamaan yang menonjol di Stesen MRT Bukit Bintang, sekali gus memperkukuh keberadaannya di Watsons di salah satu lokasi paling sibuk di ibu kota.

​Dengan peluasan ini, Tigrox terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama Cendawan Susu Harimau No. 1 di Malaysia, sambil memperluas peranannya dalam ruang pengurusan kesihatan harian.

​Selain Tigrox Tiger Milk King, produk terpilih Tigrox juga kini boleh didapati di Watsons, termasuk Imuglo Minuman Imuniti Elderberi dan Livetal Minuman Kecergasan Antrodia Cinnamomea, sekali gus menawarkan portfolio kesejahteraan yang lebih menyeluruh untuk menyokong penjagaan pernafasan, imuniti dan vitaliti harian. Pengguna kini boleh mendapatkan produk Tigrox di cawangan Watsons terpilih di seluruh negara serta melalui kedai dalam talian rasmi Watsons.