Terkini | New

​Ulasan Penuh Samsung Galaxy A57 Bersama Nightography Dan Ultra Nipis.

Ulasan Penuh Samsung Galaxy A57 Bersama Nightography Dan Ultra Nipis


Kali ini akan kami kongsikan kepada anda salah satu telefon pintar peranti Samsung Galaxy A57 dan kongsikan gambar-gambar menarik sepanjang penggunaan Samsung Galaxy A57 untuk tatapan semua.

Dikenali sebagai 'Flagship Lite', Galaxy A57 direka khas untuk peminat yang mahukan prestasi, fotografi unggul, dan ciri-ciri Galaxy AI tanpa perlu mengeluarkan bajet peranti mercu penuh. Peranti ini hadir dengan rekaan yang sangat ergonomik, memberikan keselesaan maksima dalam genggaman. Nightography tahap seterusnya yang memberikan gambar lebih cerah, jelas, dan lebih terperinci walaupun pencahayaan tak cukup terang.

Samsung Galaxy A57 dilengkapi dengan sistem kamera yang canggih, menggabungkan perkakasan yang mantap dengan ciri-ciri berasaskan AI yang diperkenalkan dalam siri Galaxy yang lebih tinggi. Berikut adalah ciri-ciri utama kamera Samsung Galaxy A57:

Kamera Belakang (Tiga Kamera):

  • Kamera Utama (Wide): 50 MP dengan aperture f/1.8, PDAF, dan OIS (Optical Image Stabilization). Kamera ini merupakan sensor utama untuk gambar yang jelas dan terang, dengan OIS membantu mengurangkan gegaran tangan, terutamanya dalam keadaan cahaya malap.
  • Kamera Ultra-Lebar: 12 MP dengan aperture f/2.2 dan sudut pandangan 123°. Membolehkan anda menangkap pemandangan yang lebih luas.
  • Kamera Makro: 5 MP dengan aperture f/2.4. Membolehkan anda mengambil gambar objek dekat dengan perincian yang baik.

Kamera Hadapan (Selfie):

  • 12 MP dengan aperture f/2.2. Dinaik taraf untuk swafoto yang lebih terperinci, jelas dan natural untuk kegunaan media sosial.
Sistem kamera peranti ini banyak bergantung kepada "Galaxy AI" untuk memberikan hasil kualiti bertaraf flagship pada perkakasan kelas pertengahan. Menyokong rakaman 4K pada 30fps dengan transisi zoom yang lebih lancar dan pengurangan hingar (noise) dipacu AI.






Dengan sensor kamera 200% lebih besar, Galaxy A57 5G menangkap lebih banyak cahaya, menghasilkan video dan foto malam yang jauh lebih cerah dengan penglihatan yang dipertingkatkan. Seperti pendedahan cahaya yang lebih baik, keperincian latar belakang dan tidak terlalu terang (overexposed).

​Kami sempat untuk menguji kamera Samsung Galaxy A57 di sekitar TRX dan KLCC untuk mencuba keupayaan penderia utamanya dan hasilnya juga sangat menarik.​

Ciri-Ciri Fotografi Dan Videografi Utama

ProVisual Engine AI: Enjin pemprosesan imej lanjutan yang menggunakan AI untuk mengoptimumkan warna, ketajaman, dan kontras secara real-time untuk foto dan video yang lebih hidup dan terperinci.

​Manakala Nightography memberikan peningkatan prestasi dalam keadaan cahaya rendah, menghasilkan foto dan video yang jernih dengan hingar (noise) yang minimum serta Super HDR Video menghasilkan video dengan julat warna dan perincian yang lebih luas.



Samsung Galaxy A57 memberi pilihan gambar yang di ambil sama ada suhu warna cool atau warm. 





Ia juga menyarankan agar beberapa ​AI untuk mengedit gambar tersebut selepas anda membuka ruang galeri gambar. Apa yang sentiasa menarik lagi anda boleh menggunakan edit untuk menghilangkan objek tertentu yang mungkin menganggu gambar anda.





​Gambar-gambar sekitar waktu malam di Trx dan KLCC masih menampakkan hasil yang mantap dan cerah.

Walaupun tanpa kanta telefoto fizikal, keupayaan zoom digital yang dioptimumkan oleh AI masih mampu memberikan hasil yang boleh dibanggakan.

​Secara ringkas, Galaxy A57 menawarkan pengalaman kamera yang sangat baik, terutamanya dengan integrasi ciri-ciri Galaxy AI yang meningkatkan kualiti gambar dan keupayaan penyuntingan yang canggih. 






Pilihan terbaik untuk pengguna yang mencari peranti dengan ciri-ciri flagship, terutamanya dalam aspek perisian dan rekaan premium, pada harga yang lebih berpatutan.​ Ciri paling menyerlah pada A57 5G ialah fizikalnya yang sangat kemas. 




Walaupun mempunyai bateri yang besar, ketebalannya hanyalah 6.9mm dengan pengecas pantas 45w. 



Manakala Sistem Penyejukan di lengkapi dengan kebuk wap (vapor chamber) 13% lebih besar berbanding model terdahulu, membantu mengekalkan prestasi semasa bermain permainan walaupun dengan badan yang nipis.

Tiga warna yang diilhamkan oleh trend terkini iaitu warna Awesome Navy, Awesome Gray, Awesome Icyblue yang menawan. Kedua-duanya diserlahkan dengan perincian premium dan kemasan licin untuk rupa yang canggih.


SPESIFIKASI PERANTI Samsung Galaxy A57

  • Model: Samsung Galaxy A57
  • Paparan: 6.7-inch FHD+ Super AMOLED, 120Hz / Ketebalan 6.9mm
  • Cip: Exynos 1680 processor berprestasi tinggi
  • RAM: 8GB / 12GB
  • Memori Dalaman: 128/ 256 256 GB pilihan
  • Kamera Utama: 50 MP, f/1.8, (wide), PDAF, OIS + 12 MP (ultrawide) + 5 MP (macro)
  • Kamera depan: 12MP, 
  • Video: Rakaman sehingga 4K@30fps dengan penstabilan video
  • Bateri: Li-Ion 5000 mAh dengan 45w engecasan pantas
  • Water Resistance: IP68 Penarafan kalis air dan debu Gorilla Glass Victus+
  • Security: Samsung Knox dengan perlindungan biometrik
  • Sensors: Fingerprint (under display, optical), accelerometer, gyro, proximity, compass

Warna Pilihan: warna Awesome Navy, Awesome Gray, Awesome Icyblue

​Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy A57 anda boleh mengunjungi laman web dan laman sosial Samsung Malaysia Untuk membeli Siri Galaxy A57 terkini, pergi ke https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a57-5g-awesome-navy-256gb-sm-a576bdbtxme/