Terkini | New

𝐌𝐁𝐏𝐉 𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐈 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀

𝐌𝐁𝐏𝐉 𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐈 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) terus memperkukuh jalinan strategik bersama pengamal media menerusi penganjuran Majlis Anugerah Media MBPJ 2026 yang berlangsung di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur.


Disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Petaling Jaya kepada masyarakat. Lebih 150 pengamal media hadir memeriahkan majlis yang mempertandingkan sebanyak 14 kategori merangkumi pelbagai kategori termasuk laporan khas, penerbitan artikel, kewartawanan visual, liputan sukan, media hiburan serta penghargaan khas.




Sepanjang tahun 2025, sebanyak 2,143 liputan media berkaitan MBPJ telah direkodkan, membuktikan peranan signifikan media sebagai penghubung strategik antara Majlis dan warga Petaling Jaya.

1. ANUGERAH KHAS MEDIA DATUK BANDAR 

- Edward Rajendra.

Sports hub in the works. / sports integration a game changer Kelana Jaya / Underutilized futsal court to be used for racquet sports

Agensi: Star Media Group


2. ANUGERAH LAPORAN KHAS TERBAIK 

   (KATEGORI MEDIA CETAK)

- Shalini A/P Ravindran

- Bavani Mahalingam

- Aida Binti Ahmad 

Parking at the crossroads                                          

 Agensi: Star Media Group 


3. ANUGERAH LAPORAN KHAS TERBAIK 

   (KATEGORI MEDIA ELEKTRONIK)

- Mas Zharif Zhafri Bin Abdul Azid 

Bahasa Kebangsaan: 41 premis perniagaan di PJ langgar syarat iklan, 12 dikompaun

 Agensi : Media Prima Berhad (TV3)


4. ANUGERAH LAPORAN KHAS TERBAIK  

   (KATEGORI MEDIA DIGITAL)

- Mohamad Fitri Hazim Bin Hazam 

Sisa Jadi Sumber: PJ Eco Recycling Plaza Pacu Ekonomi Hijau Selangor

 Agensi: Media Selangor


5. ANUGERAH PENERBITAN ARTIKEL TERBAIK  

   (KATEGORI BAHASA MELAYU)

- Suhaila Binti Shahrul Annuar 

Pasar Jalan Othman: Dari Suram Ke Gemilang, Sasar Tarikan Rakyat, Pelancong

 Agensi: Media Selangor


6. ANUGERAH PENERBITAN ARTIKEL TERBAIK    

   (KATEGORI BAHASA INGGERIS)

- Sheila Sri Priya A/P Raman Chetty 

Supermoms at work

 Agensi: Star Media Group 


7. ANUGERAH PENERBITAN ARTIKEL  

   (KATEGORI AKHBAR BAHASA CINA)

- Ng Boon Ming 

9 kedai di SS2, Petaling Jaya dikenakan kompaun RM1,000 setiap satu kerana papan tanda melanggar peraturan dan masih tidak diperbetulkan walaupun telah diberi amaran berulang kali

 Agensi: Sin Chew Daily


8. ANUGERAH KEWARTAWANAN VISUAL TERBAIK  

   (KATEGORI FOTOGRAFI)

- Mohammad Azman Ghani 

  Murals help seniors find their way in PJ

 Agensi: Star Media Group


9. ANUGERAH KEWARTAWANAN TERBAIK (KATEGORI VIDEOGRAFI) 

- Abdul Wahab Bin Taib 

Bahasa Kebangsaan: 41 premis perniagaan di PJ langgar syarat iklan, 12 dikompaun

 Agensi : Media Prima Berhad (TV3)


10. ANUGERAH LIPUTAN SUKAN TERBAIK  

(KATEGORI MEDIA CETAK)

- Muhammad Zulkarnain Mohd Azman 

MBPJ TERUS TAJA WAI CHING, PROMOSI PETALING JAYA DI PENTAS DUNIA 

 Agensi: Bernama


11. ANUGERAH LIPUTAN SUKAN TERBAIK   

(KATEGORI MEDIA ELEKTRONIK)

- Nur Husna Binti Zainudin 

SOH WAI CHING BAWA NAMA MBPJ, PECAH GUINNESS WORLD RECORD

 Agensi: Astro Arena


- ANUGERAH PENGHARGAAN MEDIA HIBURAN

  Ridzuan bin Abdul Rahman Dwan Inzaghi 

  Agensi: Harian Metro


- ANUGERAH KHAS JABATAN

  Jabatan Perancangan Pembangunan


- ANUGERAH PENGHARGAAN ANAK SENI PJ

  YB Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman 

  Alhadad (Altimet)


Pada majlis sama, turut disampaikan Anugerah Penghargaan Anak Seni PJ kepada YB Tuan Syed Ahmad bin Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet yang lahir di Petaling Jaya dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Bukit Bintang, Petaling Jaya, sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan beliau dalam bidang seni dan industri kreatif yang berjaya





Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada seluruh rakan media atas komitmen, sokongan serta kerjasama berterusan dalam memperkukuh penyampaian maklumat yang tepat, berinformasi dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Semoga hubungan erat antara MBPJ dan pengamal media terus diperkukuhkan demi membina ekosistem komunikasi yang telus, berintegriti dan mampan.