Terkini | New

Majlis Pelancaran Produk Baharu Dan Pengenalan Rasmi Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai Duta Jenama Labrich

Majlis Pelancaran Produk Baharu Dan Pengenalan Rasmi Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai Duta Jenama Labrich

Labrich hari ini melakar satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan jenamanya menerusi penganjuran The Labrich Reveal: Nurturing Generations, Empowering Vitality, sebuah majlis eksklusif yang memperkenalkan dua rangkaian produk terbaharu Labrich serta mengumumkan secara rasmi Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai Duta Jenama Labrich.

Berlangsung di Hemisphere Luxury Hall, KL Tower dengan tema warna Pink, Red dan Cream, majlis yang menghimpunkan lebih 60 wakil media, rakan strategik, pempengaruh dan tetamu jemputan ini menjadi platform untuk memperkukuhkan komitmen Labrich dalam memperkasakan kesejahteraan individu dan keluarga melalui pendekatan kesihatan holistik yang bermula dari dalam.

Mengangkat konsep acara “Nurturing Generations, Empowering Vitality”, majlis ini meraikan komitmen berterusan Labrich dalam membantu individu dan keluarga mencapai kesejahteraan menyeluruh merangkumi kesihatan dalaman, kesihatan usus, kecantikan kulit serta kesejahteraan wanita dan perkembangan sihat kanak-kanak yang mencerminkan aspirasi jenama Labrich menerusi tagline “Nurturing Life for Every Generation”.

Labrich percaya bahawa kesihatan yang sebenar bukan sekadar bebas daripada penyakit tetapi merupakan asas kepada kehidupan yang lebih bertenaga, yakin dan berkualiti pada setiap peringkat usia.

The Labrich Journey: Dari Kesihatan Usus ke Kesejahteraan Seisi Keluarga.

Menurut Pengasas Labrich, inspirasi penubuhan jenama ini lahir daripada pengalaman klinikal dalam merawat pesakit yang berdepan peningkatan penyakit kronik akibat masalah metabolik yang semakin membimbangkan.

“Sebagai seorang doktor, saya melihat sendiri bagaimana banyak penyakit kronik yang semakin meningkat hari ini sebenarnya berpunca daripada satu masalah asas yang sering dipandang ringan iaitu berat badan berlebihan dan insulin resistance. Keadaan ini menjadi pencetus kepada pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan gangguan metabolik yang lain.”

Daripada pemerhatian tersebut, lahirlah produk pertama Labrich iaitu Labrich TriBio. Labrich percaya bahawa kesihatan bermula dari usus. Apabila usus berada dalam keadaan yang sihat dan seimbang, ia membantu menyokong metabolisme yang lebih baik, mengurangkan keradangan dalam badan serta menjadi asas kepada kesejahteraan menyeluruh.

TriBio dibangunkan sebagai formulasi sinbiotik yang menggabungkan prebiotik, probiotik dan postbiotik untuk membantu individu membina semula kesihatan mereka dari dalam.

Kejayaan produk ini membuka jalan kepada penghasilan Labrich TriBio SkinAX® yang diformulasikan untuk membantu wanita memperoleh kulit yang sihat dan berseri dari dalam menerusi gabungan bahan premium seperti KOMUCERA®, SkinAx2®, Niacinamide dan Glutathione.

Apabila kulit kelihatan lebih sihat dan bercahaya, keyakinan diri turut meningkat membolehkan wanita tampil lebih yakin dalam kehidupan seharian.

Labrich TriBio Women Wellness: Memenuhi Keperluan Wanita Moden

Majlis The Labrich Reveal turut menyaksikan pelancaran rasmi Labrich TriBio Women Wellness, produk yang dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan wanita moden sesuai taglinenya, Empowering Women from within.

Inspirasi produk ini tercetus ketika sesi penggambaran bersama Che Puan Sarimah Ibrahim pada bulan Ramadan. Pengalaman melihat cabaran mengimbangi tuntutan kerja, keluarga dan tanggungjawab harian mengingatkan pasukan Labrich kepada realiti yang dihadapi ramai wanita hari ini.

Di klinik, ramai wanita turut berkongsi masalah seperti cepat penat, kurang bertenaga, emosi tidak stabil serta masalah saluran kencing yang berulang.

Justeru, Labrich TriBio Women Wellness hadir bagi memberi manfaat kepada kesihatan harian wanita. Diformulasikan dalam bentuk serbuk berperisa cranberry dengan kandungan 10 billion CFU probiotik dalam setiap sachet dan disyorkan diambil sebanyak satu hingga dua sachet sehari.

Antara manfaat utama produk ini termasuk:

  • Menyokong kesihatan usus melalui gabungan prebiotik, probiotik dan postbiotik.

  • Membantu meningkatkan tenaga dan menyokong metabolisme melalui L-Carnitine, Taurine, L-Citrulline dan Chromium Picolinate.

  • Menyokong keseimbangan mood dan kesejahteraan emosi melalui Myo-Inositol dan Magnesium Glycinate.

  • Membantu mengurangkan risiko masalah saluran kencing melalui gabungan D-Mannose dan probiotik.

Produk ini turut mengandungi lima strain probiotik utama:

  • Lactobacillus acidophilus

  • Bifidobacterium lactis

  • Lactobacillus rhamnosus

  • Lactobacillus plantarum

  • Bifidobacterium longum

Labrich TriBio Kids: Keperluan Tumbesaran Kanak-Kanak

Selain Women Wellness, Labrich turut memperkenalkan Labrich TriBio Kids, produk yang lahir hasil permintaan tinggi daripada komuniti pengguna LabRICH sendiri.

Membawa tagline “Happy Tummies, Happy Kids”, produk ini dibangunkan khas untuk menyokong kesihatan pencernaan, tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.

Ramai ibu bapa berkongsi bahawa anak-anak mereka gemar mengambil TriBio yang terdapat di rumah. Walaupun formulasi asal sesuai untuk pelbagai peringkat umur, Labrich percaya kanak-kanak berhak mendapat produk yang diformulasikan khusus mengikut keperluan tumbesaran mereka.

Labrich TriBio Kids hadir dalam bentuk tablet kunyah berperisa strawberry dengan kandungan 5 bilion CFU probiotik dan 30mg DHA bagi setiap tablet.

Fungsi utama produk ini adalah:

  • Menyokong kesihatan usus melalui gabungan prebiotik, probiotik dan postbiotik.

  • Membantu menguatkan sistem imun dengan Zinc dan Vitamin C.

  • Menyokong perkembangan otak melalui Choline, DHA dan Lutein.

  • Membantu meningkatkan selera makan melalui Lysine.

Produk ini mengandungi lima strain probiotik yang sama seperti rangkaian TriBio:

  • Lactobacillus acidophilus

  • Bifidobacterium lactis

  • Lactobacillus rhamnosus

  • Lactobacillus plantarum

  • Bifidobacterium longum

TriBio Kids turut dirumus agar lembut pada sistem pencernaan dan sesuai untuk keperluan kanak-kanak pelbagai peringkat usia.

Che Puan Sarimah Ibrahim Sebagai Wajah Inspirasi Labrich

Pemilihan Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai Duta jenama Labrich mencerminkan nilai yang dibawa oleh jenama ini seorang wanita yang aktif, berkeyakinan, mengutamakan kesihatan dan sentiasa memberi inspirasi kepada masyarakat.

Kerjasama ini diharap dapat memperkukuhkan mesej bahawa kesejahteraan yang sebenar bermula dari dalam dan mampu memberi impak positif kepada setiap aspek kehidupan.

Komitmen Labrich Untuk Masa Hadapan

Daripada usus yang sihat kepada kulit yang berseri, wanita yang lebih bertenaga dan anak-anak yang membesar dengan lebih sihat, setiap inovasi Labrich dibangunkan berasaskan satu matlamat yang sama - membantu individu mencapai potensi terbaik mereka pada setiap fasa kehidupan.

“Bagi kami, kesihatan bukan sekadar menghilangkan penyakit. Kesihatan adalah tentang membantu setiap individu menjadi versi terbaik diri mereka pada setiap fasa kehidupan. Itulah komitmen yang terus memacu perjalanan dan inovasi Labrich.”

Melalui pelancaran Women Wellness dan TriBio Kids, Labrich terus mengukuhkan misinya untuk membangunkan penyelesaian kesihatan berasaskan sains yang menyokong kesejahteraan seluruh keluarga.