Terkini | New

Sejarah Sulung Bakal Tercipta Bersama Mus, Jo Branko, Black & Eddie, Babak Penting Biru Mata Hitamku - 30 Tahun Anniversary

Sejarah Sulung Bakal Tercipta Bersama Mus, Jo Branko, Black & Eddie, Babak Penting Biru Mata Hitamku - 30 Tahun Anniversary.

Tidak boleh dinafikan kumpulan Wings cukup dikenali dengan nama-nama anggota yang gah dan cukup dekat di hati para peminat. Perubahan serta peralihan anggota di dalam sesebuah kumpulan rock gergasi tanah air sebenarnya bukan senario yang luar biasa.


Hal yang menjadi luar biasa adalah tukar ganti anggota terutama dalam kes Wings telah meninggalkan kesan dan impak yang cukup besar. Salah satunya sewaktu vokalis utama Wings diterajui oleh Mus. Mus yang merupakan anggota May mencetuskan fenomena tersendiri dalam Wings lewat genre rock dan heavy metal mereka.

Bersama Mus, JoBranko, Black dan Eddie memulai bab kedua dalam babak muzik Wings. Wings kembali ‘berkepak’ dengan album diberi judul Biru Mata Hitamku yang juga merupakan album studio pertama Mus bersama JoBranko, Black dan Eddie. Biru Mata Hitamku kini sudah berusia 30 tahun sejak pertama kali dipasarkan pada 1996. Dan merayakan ulang tahun ke-30 Biru Mata Hitamku, kejayaan karya di dalam album ini mahu dihidupkan semula. Karya-karya yang pernah menjadi penawar dan pengisi dahaga peminat akan diperdengarkan secara langsung dalam sebuah konsert berskala besar. Biru Mata Hitamku - 30 Tahun Anniversary. Begitu nama konsert yang dijadual berlangsung pada 5 September 2026 di Mega Star Arena Kuala Lumpur dibawakan oleh Icon Entertainment.

Konsert Biru Mata Hitamku - 30 Tahun Anniversary juga bakal menyaksikan persembahan secara langsung selama tiga dekad yang ditunggu oleh peminat. Biru Mata Hitamku -30 Tahun Anniversary bakal menjadi malam penuh ‘Enigma’ yang merupakan ‘Idaman’ semua.

“Wings melalui album Biru Mata Hitamku membuktikan jangka hayat sesebuah kugiran bukan bergantung semata-mata kepada vokalis atau anggota lain yang silih berganti. Tapi ia tentang karya berkualiti dan mengekal atau menaikkan piawaian mereka. Itu yang Wings lakukan menerusi album Biru Mata Hitamku. Album Biru Mata Hitamku mungkin under rated tapi jangan dilupa, album ini memiliki lagu-lagu berkualiti yang telah dihidupkan dengan cara rersendiri Mus bersama JoBranko, Eddie dan Black.


"Wings melalui album Biru Mata Hitamku membuktikan jangka hayat sesebuah kugiran bukan Album Biru Mata Hitamku mungkin under rated tapi jangan dilupa, album ini memiliki lagu-lagu berkualiti yang telah dihidupkan dengan cara tersendiri oleh Mus bersama Jo Branko , Eddie, dan Black. Ini bukan tentang kejayaan semata-mata, tapi bagaimana pada waktu berdepan konflik, seseorang atau sesebuah kugiran boleh bangkit semula dalam babak yang lebih baik," ujar Iman Tang.

Bagi saya, Biru Mata Hitamku yang dinobatkan sebagai Kulit Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1996 (AIM 96) merupakan salah satu babak penting Wings dalam perjalanan karier mereka. Dan karya-karya dalam Biru Mata Hitamku layak dirayakan sempena 30 tahun perjalanan pada 5 September 2026 in Mega Star Arena dirayakan dalam sebuah keraian ulang tahun.


.
​📅Butiran Lengkap Konsert
Artis : Mus, Jo Branko, Eddie, Black
Date : 5 September 2026
Lokasi : Megastar Arena, Kuala Lumpur
Masa : 8:30 Malam
Penganjur : Icon Entertainment
​🎟️ Maklumat Harga & Pembelian Tiket

​Tiket-tiket konsert dibahagikan mengikut kategori harga yang dinamakan sempena rangkaian lagu ikonik mereka:
IDAMAN: RM 258
JIKA KAU TAHU: RM 288
MR BARBARIK: RM 308
ENIGMA: RM 358
GRAND VIP: RM 1,500

Pembelian tiket boleh dilakukan secara dalam talian melayari laman web ticket2u.com/birumatahitamku yang akan mula dibuka pada 3 Julai 2026 (Jumaat), jam 3.00 petang .