Art of Speed Malaysia 2026 “Summer Festival - Kustom Bergaya”
Art of Speed Malaysia 2026 “Summer Festival - Kustom Bergaya”
Sebuah kolaborasi ulung yang menyatukan kelestarian gaya hidup automotif dan kehangatan muzik rancak dalam satu hujung minggu, sekali gus mengangkat kemuncak kreativiti tempatan dan antarabangsa
Acara tahunan Kustom & Counter Culture terbesar di Malaysia kini kembali menggegar Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) – sebuah lokasi ikonik yang merangkumi ruang dalaman seluas 452,084 kaki persegi serta kawasan luar mencecah 320 ekar.

Membuka tirai 2026, edisi kali ini mempertaruhkan tema “Summer Festival Kustom Bergaya”. Untuk menghangatkan lagi suasana musim panas, Art of Speed kembali menggegarkan pentas dengan rangkaian aktiviti interaktif, pameran eksklusif serta persembahan bertenaga di pentas SoundCircus yang menjanjikan pengalaman lebih imersif dan berbeza daripada edisi-edisi sebelum ini. AOS 2026 akan berlangsung pada 1 dan 2 Ogos 2026, bermula jam 10 pagi hingga 7 malam.
AOS 2026 kali ini bakal mempersembahkan barisan jentera motosikal dan kereta kustom yang cukup istimewa, khusus buat tatapan para pengunjung tahun ini. Dari bumi Tokyo, Jepun, Hawgholic bakal mempertaruhkan jentera vintaj 1945 Harley-Davidson Knucklehead, manakala Vise Clothing dari Nagoya pula tampil memperagakan 1966 Harley-Davidson Shovelhead. Bukan itu sahaja, AOS 2026 turut membawakan pameran khas kereta kustom yang memukau dari Bangkok, Thailand dan Taiwan, di samping kehadiran firma talaan gergasi dunia, Liberty Walk dari Jepun. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menyaksikan deretan jentera bertaraf mahakarya ini hanya di AOS 2026!


SoundCircus Festival (SCF) 2026: Rekod Baharu 6 Pentas, 2 Hari, 1 Festival Mega!
Edisi SoundCircus Festival (SCF) kali ini bakal melakar sejarah tersendiri sebagai penganjuran terbesar pernah diadakan, menampilkan 6 pentas yang merentasi ruang dalaman dan luaran MAEPS. SCF 2026 tampil bertenaga dengan barisan artis gergasi tempatan dan antarabangsa termasuk kolaborasi eksklusif Ella x Cokelat, Jemput Dengar featuring Sheila Majid, Nadin Amizah, Disagree, Johnny Pandora, Dannqrack & Eemrun, Tenxi, dan Hari Slatan.


Lebih istimewa, festival tahun ini turut meraikan 20 Tahun Hujan serta penghormatan khas 30 Tahun Asian Hardcore! SoundCircus bakal menggegar MAEPS, Serdang sepanjang hujung minggu pada 1 dan 2 Ogos 2026, bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam.
Maklumat Tiket & Pembelian:
Tiket Umum (SCF General Admission): RM149.00 (Pembelian Berkumpulan/Group Buy: RM135.00 seorang, minimum 3 pax)
Rockzone: RM199.00 (Pembelian Berkumpulan/Group Buy: RM189.00 seorang, minimum 3 pax) PAS masuk 1 hari (SCF General Admission): (RM89.00)
Layari www.artofspeedmy.com untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket.
