Kumpulan Nasyid legenda, Hijjaz bakal Memeriahkan Konsert Hijjaz 3 Dekad Rindu Sumayyah Pada 16 Dan 17 Oktober 2026
Kumpulan Nasyid legenda, Hijjaz bakal Memeriahkan Konsert Hijjaz 3 Dekad Rindu Sumayyah Pada 16 Dan 17 Oktober 2026

Majlis Pelancaran album terbaru Hijjaz berjudul Akhir BersamaMu berlansung dengan jayanya. Hijjaz turut mengumumkan secara rasmi mengenai Konsert Hijjaz 3 Dekad Rindu Sumayyah yang akan diadakan pada 16 dan 17 Oktober 2026 di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, sebuah venue berprestij bertaraf Antarabangsa.

Terima kasih kepada pihak Istana Budaya juga yang sudi memberi ruang dan kepercayaan untuk penganjuran Konsert besar dan bersejarah ini bagi meraikan guru-guru merangkap abang-abang Hijjaz yang telah berjasa dan bertanggung jawab dalam memperkenalkan kami Inteam ke persada nasyid tanahair.
Tiket akan mula dijual pada 24 Julai ini bermula jam 10am untuk dua malam yang hampir sama konsep dan artisnya yang akan membuat persembahan. Sudah pastilah anak-anak didik Hijjaz turut sama akan terlibat di dalam persembahan konsert tersebut iaitu Inteam, UNIC, Mestica dan beberapa slot istimewa lagi.

30 judul lagu akan disampaikan samada secara penuh dan juga medley bagi menggamit kenangan dan nostalgia dengan lagu-lagu dan lirik yang kita pernah sama-sama membesar dengannya.

Peluang kerjasama untuk tajaan, branding, dan penjenamaan produk dan servis anda juga masih dibuka untuk konsert ini. Mohon doa dan sokongan semua.