Terkini | New

Samsung Memperkenalkan Teknologi Flex Titanium Untuk Memajukan Paparan Boleh Lipat

Samsung Memperkenalkan Teknologi Flex Titanium Untuk Memajukan Paparan Boleh Lipat

Dibina dengan inovasi boleh lipat menyeluruh Samsung, teknologi paparan baharu ini meningkatkan ketahanan dan mengurangkan kesan lipatan untuk pengalaman boleh lipat yang lebih lancar.

(Penerangan Label Gambar rajah Struktur Lapisan):

  • Protective Layer \rightarrow Lapisan Pelindung
  • Ultra Thin Glass \rightarrow Kaca Sangat Nipis
  • OLED Panel \rightarrow Panel OLED
  • Titanium-alloy Film \rightarrow Filem Aloi-titanium
  • Titanium Plate \rightarrow Plat Titanium

​Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini mendedahkan teknologi Flex Titanium baharu untuk generasi peranti boleh lipat Galaxy yang seterusnya. Dibina berdasarkan kepakaran kejuruteraan dan inovasi boleh lipat selama tujuh generasi, struktur paparan yang direka semula ini menggunakan kemajuan struktur dan bahan untuk memberikan pengalaman tontonan yang lebih lancar dengan ketahanan yang dipertingkatkan serta pengurangan kesan lipatan. Dijayakan hasil daripada himpunan pengetahuan paparan Samsung, teknologi Flex Titanium menyepadukan dua komponen berasaskan titanium — filem aloi-titanium dan plat titanium — yang berfungsi bersama untuk mengimbangi kenipisan, kefleksibelan dan kekuatan dalam struktur paparan boleh lipat.

​"Kekuatan Samsung dalam kategori boleh lipat datang daripada menghubungkan keperluan pengguna dengan teknologi kami yang memberikan manfaat ketara dalam kehidupan seharian," kata Sunghoon Moon, EVP dan Eksekutif Kanan, Pejabat R&D Mudah Alih - H/W, Samsung Electronics. "Untuk generasi boleh lipat Galaxy yang seterusnya, Samsung membina berdasarkan kepakaran bertahun-tahun untuk membawa inovasi paparan ke dalam peranti yang mempertingkatkan pengalaman pengguna, berteraskan pengalaman tontonan yang luar biasa."

​Membina Berdasarkan Pengalaman Boleh Lipat Bertahun-tahun

​Samsung telah memainkan peranan utama dalam memajukan inovasi paparan mudah alih dan membawakannya kepada pengguna secara meluas melalui peranti mudah alih. Warisan ini merangkumi penggunaan meluas paparan AMOLED pada tahun 2007 dan evolusi paparan ke dalam bentuk yang fleksibel.

​Teknologi inovatif hanya boleh mencapai potensi penuhnya dan menyediakan pengalaman pengguna yang bermakna melalui penambahbaikan berterusan dalam keadaan dunia sebenar, dan kategori boleh lipat tidak terkecuali. Melalui tujuh generasi peranti boleh lipat Galaxy, Samsung telah mendengar dengan teliti maklum balas pengguna. Ini telah memberikan syarikat pemahaman yang mendalam tentang apa yang diharapkan oleh pengguna daripada kategori ini: pengalaman tontonan yang lebih besar dan lebih imersif dengan kesan lipatan yang kurang kelihatan — tanpa menjejaskan ketahanan atau kemudahan untuk dibawa ke mana-mana (portabiliti).

​Untuk memenuhi jangkaan ini, Samsung terpaksa memikirkan semula cara paparan boleh lipat dibina dengan menggabungkan kejayaan dalam teknologi, bahan dan kejuruteraan mekanikal. Hasilnya adalah pencapaian mercu tanda terbaharu dalam inovasi paparan boleh lipat: teknologi Flex Titanium. Dengan berjaya menyepadukan inovasi paparan dengan kejuruteraan peranti, Samsung akan terus membentuk hala tuju industri mudah alih dan memberikan pengalaman pengguna yang menonjol.

​Flex Titanium: Tontonan Tahap Seterusnya

​Untuk mencipta paparan yang menyediakan pengalaman tontonan imersif di samping mengekalkan keupayaannya untuk bertahan dalam penggunaan harian, Samsung mengambil pendekatan baharu dalam reka bentuk struktur. Ini memerlukan bahan yang cukup kuat untuk menahan hentakan luaran, cukup fleksibel untuk bertahan dalam lipatan berulang kali, dan cukup nipis untuk dimuatkan dalam struktur peranti yang kemas. Mengimbangi ketiga-tiga faktor ini adalah penting untuk memajukan paparan boleh lipat — dan titanium menawarkan gabungan yang tepat.

​Terkenal dengan daya tahan dan kekuatannya, titanium telah digunakan dalam beberapa aplikasi yang paling mencabar, termasuk antena satelit dan roda kenderaan penjelajah Marikh (Mars rover). Walaupun kekuatannya menjadikan titanium bahan yang boleh diharap, ia juga memberikan cabaran kejuruteraan yang ketara apabila digunakan pada struktur paparan boleh lipat yang nipis dan fleksibel disebabkan oleh kekakuannya. Dengan memanfaatkan kepakarannya, Samsung telah menyepadukan titanium ke dalam dua komponen utama: filem aloi-titanium dan plat titanium.

​Filem aloi-titanium ialah komponen yang menyokong paparan dari dalam, terletak di bawah panel OLED. Berbanding dengan filem polimer, ia memberikan kekakuan mekanikal yang 20 kali ganda lebih tinggi. Proses penggelekkan jitu menjadikan bahan tersebut sangat nipis — berukuran kira-kira satu pertiga daripada ketebalan purata sehelai rambut manusia — membolehkan panel paparan yang lebih nipis dihasilkan.

​Di bawah lapisan ini terletak plat titanium yang kukuh, iaitu struktur fleksibel yang menyokong modul paparan dari bawah. Ia membolehkan ikatan yang lebih rapat dengan modul paparan dengan menghapuskan ruang udara antara modul dan pelekat pada plat melalui teknologi pemprosesan lubang yang maju. Struktur baharu ini menyediakan sokongan yang lebih stabil di bawah paparan apabila dibuka, sambil mengekalkan kefleksibelan yang diperlukan untuk menampung lipatan yang berulang kali.

​Selain itu, dengan menyepadukan seni bina resolusi tinggi dan bahan organik generasi seterusnya, paparan baharu ini memberikan resolusi paparan yang sangat jelas di samping mengurangkan penggunaan kuasa — sekali gus memberikan peningkatan dramatik dalam kecekapan kuasa secara keseluruhan.

​"Dengan memperkenalkan lubang bercorak mikro yang canggih pada bahagian lipatan plat titanium, kami telah berjaya memastikan kefleksibelan dengan ketahanan yang teguh," kata Kyung-Jin Yoo, EVP dan Ketua Pasukan Pembangunan Produk Paparan Mudah Alih, Samsung Display. "Menggabungkan seni bina paparan resolusi tinggi dengan bahan organik baharu yang memaksimumkan kecekapan kuasa, kami akan mengukuhkan lagi daya saing peranti boleh lipat Galaxy generasi seterusnya."

​Secara keseluruhannya, kemajuan ini membolehkan paparan boleh lipat yang kuat yang memaksimumkan penyerapan kandungan pada skrin yang lancar dan mengurangkan kesan lipatan — semuanya sambil mengekalkannya nipis. Dengan mengimbangi kekuatan, kefleksibelan dan kestabilan struktur, Samsung terus menetapkan standard yang tinggi untuk paparan boleh lipat.

​Teknologi Flex Titanium baharu ini akan mula diperkenalkan pada peranti boleh lipat Galaxy generasi seterusnya milik Samsung. Butiran lanjut akan didedahkan di Galaxy Unpacked.

​Daftarkan minat anda untuk Galaxy Unpacked hari ini!

  • Galaxy Unpacked
  • ​22 Julai 2026 pada 9:00 malam MYT
  • ​Secara langsung di samsung.com/my
  • ​Daftar dan berpeluang memenangi hadiah bernilai keseluruhan sehingga RM62,944¹
  • ​Tambahan e-baucar bernilai RM120² apabila anda melengkapkan butiran anda.

​Nantikan dan daftarkan minat anda di sini untuk Peranti Galaxy Seterusnya dari 8 hingga 22 Julai 2026, untuk berpeluang memenangi hadiah bernilai keseluruhan sehingga RM62,944 dan dapatkan e-baucar tambahan bernilai RM120 apabila anda melengkapkan pendaftaran anda.