Steers Drive-Thru Pertama di Malaysia dan Debonairs Pizza Dibuka di Stesen PETRONAS Mutiara Damansara
Steers Drive-Thru Pertama di Malaysia dan Debonairs Pizza Dibuka di Stesen PETRONAS Mutiara Damansara

Mesra Retail & Café Sdn Bhd (MESRA), cabang perniagaan runcit PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) dan pengendali Steers serta Debonairs Pizza di Malaysia, hari ini mengumumkan pembukaan cawangan pandu lalu Steers pertama di Malaysia dan sebuah restoran Debonairs Pizza di Stesen PETRONAS Mutiara Damansara. Kedua-dua restoran ini membawa cita rasa tersendiri dari Afrika Selatan kepada masyarakat setempat, di samping menawarkan lebih banyak pilihan makanan dan minuman untuk pelanggan di stesen tersebut.
Steers Mutiara Damansara Drive-Thru menyajikan burger dan ayam panggang atas api yang disediakan segar untuk dinikmati di restoran, dibungkus atau dibeli melalui perkhidmatan pandu lalu. Sementara itu, Debonairs Pizza pula menawarkan piza dengan topping melimpah untuk dinikmati di restoran atau dibawa pulang.
Mutiara Damansara merupakan lokasi kedua bagi kedua-dua jenama ini di Malaysia, selepas pembukaan cawangan pertama mereka di Bangi pada Disember 2025.