Recent comments

Terbaru

Majlis berbuka puasa OPPO Malaysia bersama Rumah Titian Kaseh dan artis tanahair Elfira Loy

Majlis berbuka puasa OPPO Malaysia bersama Rumah Titian Kaseh dan artis tanahair Elfira Loy bertempat di Rumah Titian Kaseh (Pusat Jagaan Anak Ibu Tunggal & Anak Yatim) Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. 








Lawatan dan sumbangan OPPO yang bermakna dan penuh dengan keseronokan Elfira Loy membuat penampilan khas di rumah kanak-kanak tersebut 

OPPO Malaysia berbesar hati untuk menyumbang kepada masyarakat Malaysia di bulan Ramadan ini denga membawa kegembiraan dan keceriaan kepada kanak-kanak di Rumah Titian Kaseh yang terletak di Taman Tasik Titiwangsa. 





Untuk menyemarakkan lagi semangat perayaan ini, OPPO telah menyumbang sejumlah barangan keperluan dan bantuan kewangan bernilai RM10,000 di mana ianya adalah sebahagian dari hasil keuntungan edisi OPPO F7 Neelofa. 

Lebih mengujakan adalah, Elfira Loy, penyanyi dan pelakon terkenal Malaysia turut hadir sebagai tetamu khas bagi meluangkan masa bersama kanak-kanak ini Sempena bulan Ramadan ini,











OPPO Malaysia telah menyediakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan termasuklah sesi berbuka puasa di rumah kebajikan tersebut. 



Keseronokan petang itu dimulakan dengan Elfiea Loy bermain beberapa permainan interaktif bersama kanak-kanak ini dan pertunjukan dari Ollie, maskot OPPO "Bertemu dengan kanak-kanak ini serta meluangkan masa bersama mereka telah memberikan saya pengalaman yang bermakna.







Sehingga kini rumah kebajikan ini menempatkan 95 orang kanak-kanak termasuk 25 orang dari kalangan ibu tunggal dan warga emas. 

Rumah Titian Kaseh: 
alamat: No. 15, Jalan Persiaran Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangs 53200, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 53200 Kuala Lumpur telefon: 03-4023 5769 

Sila layari: 
Laman Web Rasmi OPPO: 



No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)