Terkini | New

SAMBUTAN JOM RAYA DI RESIDENSI UTM KL 2018

Majlis Jom Raya dari Residensi UTMKL dan Gurney Mall.
Program "JOM RAYA @ RESIDENSI UTM KL 2018" 
turut meraikan seramai 2,000 orang pelajar Universiti Teknologi Malaysia dan pelajar UTM Space. 

Majlis penuh meriah yang dihadiri Pengurusan Tertinggi UTM, pemain industri yang beroperasi di Residensi UTMKL, rakan perniagaan dan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan. Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada kumpulan kugiran MINDEF yang dijemput khas untuk menghiburkan para tetamu yang hadir.



Pelancaran laman sesawang Residensi UTMKL dan video Korporat Residensi UTM KL, turut diadakan adalah Majlis Penyampaian Dividen UTM Holdings Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengerusi UTM Holdings Sdn Bhd iaitu Dato' Ramli Kushairi dan juga Bendahari UTM iaitu Encik Abu Bakar Mohd Salleh.









Seramai 51 orang asnaf yang terdiri dari pelajar UTM dan UTM Space menerima sumbangan aidilfitri yang disampaikan oleh Pengerusi Universiti Teknologi Malaysia, YBhg. Tan Sri Abd. Halim bin Ali dan Pengerusi UTM Space, YBhg Dato' Abu Bakar Bin Mohd Nor. juga menyemarakkan lagi suasana majlis Hari Raya yang diraikan,


Persembahan daripada MINDEF Band 
lagu raya berkumandang memeriahkan suasana Hari Raya








Kami sempat bergambar di majlis yang meriah dan 
penuh warna-warni ini. Pelbagai juadah hari raya di sambut meriah.













Turut memeriahkan program adalah gerai jualan pelbagai produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Selain itu, kehadiran personaliti televisyen iaitu Teh Syuhaida dan pelakon terkenal tanah air, Raja Ilya serta kumpulan band iaitu Drama Band menyerikan lagi majlis.


Lawatan sekitar Resedensi UTMKL