Recent comments

Terbaru

Sambutan Ulang Tahun 135 Muzium Perak.

Kali ini kami ingin berkongsi bersama anda mengenai program Jelajah media bersama sama Kementerian Pelancongan seni dan budaya Motac dan Jabatan muzium Malaysia JKM yang berlangsung Pada 23 hingga 24 November 2018.






Program ini adalah sempena meraikan sambutan 135 tahun Muzium Perak. Perasmian telah disempurnakan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan muhibbuddin Shah al Mulk full lah bersama-sama Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim. Muzium Perak adalah muzium pertama dan tertua yang ditubuhkan di Semenanjung Malaysia yang dibina pada tahun 1883 yang telah berusia 135 tahun.






Pembinaan muzium ini dicetuskan oleh residen Inggeris dan akhirnya disiapkan pada tahun 1910 yang terletak di Taiping yang merupakan ibu negeri Perak suatu masa dahulu. Sir hugh low merasakan perlu adanya sebuah pusat yang mengkaji budaya dan adat resam tradisional negeri Perak. Ia dapat membantu untuk memudahkan pentadbiran yang Inggeris bagi memahami sosial mereka.



Negeri Perak bertuah dapat mendengar titah ucapan Sultan Perak mengenai sejarah yang penting bagi menaikkan semangat cintakan negara. Titah beliau terdapat banyak muzium di luar sana yang penting menceritakan sejarah yang dicintai.




Terdapat pelbagai bahan pameran menarik di Muzium Perak ini jika anda berkunjung ke Taiping Perak. Pengunjung dapat bergambar di pelbagai sudut menarik dan cantik di Muzium Perak ini berlatarbelakangkan bangunan kolonial English. 

Muzium Perak ini kaya dengan bahan-bahan dan koleksi etnologi sejarah alam semula jadi arkeologi dan etamobologi. Muzium ini memberi 4 gallery yang menarik iaitu Galeri khas, galeri alam semulajadi galeri kebudayaan galeri orang asli dan koleksi tembikar.























Pelbagai aktiviti pertunjukan dan jualan turut berlansung di ruang peta berhampiran Muzium bagi menarik orang ramai turut serta merasai kemeriahan sambutan ulangtahun 135 Muzium Perak.











Terima kasih terima kasih kami ucapkan kepada pihak Kementerian Pelancongan seni dan budaya Malaysia dan Jabatan muzium Malaysia jgn yang sudi menjemput untuk kami menjelajah Muzium Perak yang bagi saya cukup bernilai ini.


No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)