Recent comments

Terbaru

Sambutan Bergema Penuh Makna Buat Yang Kurang Bernasib Baik di the Curve

Persiapan yang sedang berjalan bagi sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba, ianya adalah suatu kemestian untuk berkongsi kegembiraan bersama mereka yang memerlukan.

The Curve telah meraikan sekumpulan remaja dan warga emas dari Pertubuhan Kebajikan Anak Anak Yatim & Cacat Perlindungan Selangor dalam sebuah sambutan yang penuh keriangan.



Remaja dan warga emas yang merupakan tetamu kehormat pada hari itu disambut mesra oleh Pihak Pengurusan the Curve berada di pusat membeli-belah bagi sambutan yang bertemakan Roar of Prosperity di Centre Court menyerlahkan semangat hebat dengan singa-singa yang pelbagai warna dan gagah. 



Suasana yang riang turut dimeriahkan lagi dengan pokok bunga sakura merah jambu dan tanglung merah yang dihiasi di seluruh siling.



Persembahan kumpulan tarian singa, Kwong Ngai yang merupakan kemuncak acara istimewa hari itu turut menggemparkan pentas dengan paluan dram yang bergema di seluruh Centre Court.





Para pengunjung dapat dilihat mengagumi persembahan yang memperlihatkan tarian akrobatik mengujakan yang telah direka tari khas untuk persembahan muzikal Cina.




Jazmi Kamarudin, Pengurus Kanan the Curve berkata, “Tahun Baru Cina bukan sahaja merupakan sebuah perayaan, malahan merupakan masa untuk bersama keluarga yang tercinta, memberi penghormatan kepada orang tua dan melakukan kebaikan. Dengan perayaan yang bakal berkunjung tiba ini, kami amat berbangga untuk mengalu-alukan Tahun Baru Cina bersama remaja dan warga emas dari Pertubuhan Kebajikan Anak Anak Yatim & Cacat Perlindungan Selangor. Kami berharap aga sambutan hari ini telah memberikan tetamu kami permulaan yang indah pada tahun yang bertuah ini.”




Sambutan diteruskan lagi dengan sumbangan hadiah dan ang pow sempena Tahun Baru Cina sebelum menuju ke Ah Tuan Ee untuk sesi makan tengah hari yang lazat bersama pihak pengurusan the Curve.



Pengunjung boleh berkunjung ke kempen Roar of Prosperity di the Curve sehingga 27 Januari 2020. Pelbagai aktiviti seperti Roaring Lions Musical, dendangan alunan melodi Tahun Baru Cina oleh kumpulan muzik yang memainkan 3 alatan muzik serta pelbagai aktiviti menarik lain bakal menghiburkan semua pengunjung di the Curve pada Tahun Baru Cina ini.



Sepanjang tempoh kempen berlangsung, pengunjung turut berpeluang untuk membawa pulang patung mini Prosperity Lion dengan berbelanja minimum sebanyak RM438 dalam maksimum dua resit.

Mereka yang berbelanja minimum sebanyak RM188 dalam maksimum dua resit akan berpeluang menebus paket Angpow. Semua penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat sementara stok masih ada.




Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Tahun Baru Cina the Curve anda boleh layari laman web mereka :

Laman web the Curve : www.thecurve.com.my 
Facebook :  www.facebook.com/theCurveShoppingMall.


No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)