Recent comments

Terbaru

TM MENYOKONG TOURISM MALAYSIA SEBAGAI RAKAN TELEKOMUNIKASI STRATEGIK BAGI VISIT TRULY ASIA MALAYSIA 2020.

Memperkenalkan pelan unifi Mobile khusus untuk pelancong yang menawarkan perhubungan tanpa
had dan menyeluruh di Malaysia.

Para pelancong antarabangsa yang berkunjung ke Malaysia, ada tawaran hebat untuk mereka. Kini boleh mendaftar unifi Travel Pass, SIM pelancong di Malaysia bagi menikmati data berkelajuan tinggi tanpa had, sambungan ke wifi dan rancangan TV kegemaran anda.





Tawaran istimewa ini direalisasikan menerusi kerjasama di antara Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Tourism Malaysia untuk kempen Visit Truly Asia Malaysia 2020, sejajar dengan komitmen untuk mencapai 30 juta kedatangan pengunjung dan RM100 bilion perbelanjaan pelancong pada tahun 2020.



Kerjasama ini menggambarkan usaha kukuh kedua-dua pihak untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi terkini, memanfaatkan pemasaran digital dan memaksimumkan kempen pemasaran bersepadu untuk memacu industri pelancongan di Malaysia.

Kerjasama ini memberi tumpuan kepada tiga (3) teras utama, iaitu sambungan internet jalur lebar untuk pelancong; promosi kempen menerusi aset-aset digital TM; dan promosi kempen menerusi aset domestik dan antarabangsa.



Bagi menandakan sinergi kerjasama yang penting ini, kedua-dua pihak hari ini bertukar-tukar dokumen kerjasama dalam satu majlis yang dihadiri oleh Dato' Dr. Noor Zari Hamat, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, bersama-sama Tuan Haji Rosli Man, Pengerusi TM. Pada majlis tersebut, Izlyn Ramli, Naib Presiden, Jenama dan Komunikasi Kumpulan, TM bertukar dokumen berkenaan dengan Datuk Musa Yusof, Ketua Pengarah, Tourism Malaysia.



Di bawah kerjasama yang terjalin, TM menerusi jenama Konvergens utamanya unifi memperkenalkan pelan unifi Mobile istimewa, dikenali sebagai unifi Travel Pass, direka secara eksklusif untuk pelancong dari luar negara yang datang ke Malaysia. unifi Travel Pass menawarkan kebebasan untuk berhubung dengan pelan data berkelajuan tinggi tanpa had, akses kepada wifi tanpa had di seluruh negara menerusi wifi@unifi dan hiburan tanpa henti menerusi aplikasi playtv@unifi.



Tuan Haji Rosli berkata, “Kami amat teruja untuk menyokong Tourism Malaysia sebagai Rakan Telekomunikasi Strategik bagi kempen Visit Truly Asia Malaysia 2020. Kerjasama ini bukan sahaja menggambarkan sokongan kami kepada industri pelancongan Malaysia, ia juga merupakan bukti komitmen berterusan kami untuk membawakan sambungan tanpa had kepada semua termasuk pelancong luar negara yang datang ke Malaysia, agar mereka kekal berhubung dengan dunia digital, selaras dengan peranan kami ke arah merealisasikan aspirasi Negara Digital Malaysia. TM menerusi produk dan penyelesaian yang lengkap dan inovatif akan terus memberi khidmat kepada masyarakat dan gaya hidup digital, perniagaan digital dan industri vertikal, serta Kerajaan digital.”

“Saya ingin mengalu-alukan kedatangan semua pelancong ke negara kita. Saya berharap mereka akan mencipta dan meninggalkan kenangan yang manis di Malaysia. Kami memahami yang sambungan internet amat penting kepada para pelancong; dari tempahan hotel, pengangkutan, tempat-tempat menarik untuk dikunjungi, cadangan makanan dan maklumat cuaca, semua ini boleh diakses dengan mudah menerusi sambungan internet yang diyakini. Justeru, kami menawarkan para pelacong cara yang mudah untuk terus berhubung, agar mereka boleh menikmati Malaysia sepenuhnya sambil kekal berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan mereka di negara asal mereka. 

Selain data mudah alih tanpa had, para pelancong juga boleh mengakses perkhidmatan wifi@unifi kami di lebih daripada 8,000 hotspot wifi@unifi di seluruh negara. Bukan itu sahaja, para pelancong juga boleh menikmati hiburan tanpa henti sepanjang mereka berada di Malaysia menerusi aplikasi playTV@unifi, yang menawarkan penstriman digital saluran-saluran LANGSUNG tempatan dan antarabangsa, jadi mereka boleh menonton program TV kegemaran dan mendapatkan berita terkini daripada FOX Sports, nick Jr, Euronews, BBC World News dan banyak lagi.

Sementara itu, Dato' Dr. Noor Zari berkata: “Kami berharap kerjasama antara Tourism Malaysia dan TM akan memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat menjadi sebuah destinasi pelancongan yang unik dan kaya dengan budaya untuk semua pengunjung dari seluruh dunia.”





unifi Travel Pass menawarkan SIM data berkelajuan tinggi tanpa had buat para pelancong untuk terus berhubung sepanjang berada di Malaysia. Mereka boleh memilih sama ada pas 7 hari untuk RM30 atau pas 15 hari untuk RM60, kedua-duanya menawarkan data 4G/3G berkelajuan tinggi.

Ia turut didatangkan dengan kredit masa berbual untuk mereka membuat panggilan keluar dengan hanya RM0.20 seminit dan menghantar SMS dengan RM0.10 untuk satu SMS. Selain itu, mereka boleh menambah nilai kredit pada bila-bila masa secara online atau boleh dibeli di lebih 15,000 vendor tambah nilai unifi Mobile seluruh negara.



unifi Travel Pass ini sedia untuk dibeli di mobile.unifi.com.my/travepass bermula Januari
2020. Para pelancong boleh memilih untuk mengambil kad SIM mereka di Pusat Penerangan
Pelancongan Tourism Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan penawaran terkini daripada unifi, layari laman web www.unifi.com.my.

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)