Recent comments

Terbaru

PELANCARAN BUTIK HAQQI BANGI DI BANGI SENTRAL

Butik Haqqi telah membuka kedai baharu di Bangi. Kepada peminat Butik Haqqi pasti sudah tahu lokasi sebelumnya, kini telah berpindah di banggunan hadapan dan lebih luas lagi. Majlis pelancaran di meriahkan lagi dengan kehadiran artis Lan Solo.





Haqqi merupakan butik pakaian yang menawarkan dan menjual kelengkapan Haji dan Umrah serta pakaian yang berfesyen islamik bagi lelaki dan wanita.



Haqqi dengan kerjasama Koperasi Tabung Haji sentiasa melakar langkah dari semasa ke semasa untuk bersama-sama membangunkan Haqqi yang kini telah berjaya menapak di Shah Alam, TTDI, Terengganu dan Bangi.







Tahun ini merupakan tahun ke 4 Haqqi telah berkerjasama dengan Koperasi Tabung Haji dan akan meneruskan lagi beberapa caturan perancangan untuk memastikan Haqqi kekal sebagai pembekal kelengkapan Haji dan Umrah kepada masyarakat sekali gus dapat melebarkan sayap menjual kelengkapan lengkap Haji dan Umrah bukan sahaja di Malaysia malah akan berada di luar Malaysia tidak lama lagi.



Haqqi dan pihak Koperasi Tabung Haji akan bersama- sama untuk memikul tanggungjawab dan dibantu dengan pengurusan baru di bawah Dr Fitri Haris di dalam organisasi Haqqi, kedua-dua pihak mengimpikan lebih banyak kejayaan yang akan di bawa di masa hadapan.





Dr Fitri Haris yang sebelumnya Duta bagi Haqqi selama setahun, turut mendapat penajaan oleh Haqqi sepanjang berada di dalam pertandingan Gema Gegar Vaganza (GGV) sangat berbesar hati untuk terlibat secara langsung di dalam organisasi Haqqi.





Dengan kepercayaan kedua-dua pihak, diharapkan dapat memberi pembaharuan dan lebih banyak idea segar dapat di lahirkan oleh beliau untuk memastikan Haqqi lebih luas dikenali ramai.







Kepada peminat dan pelanggan Butik Haqqi terdapat cabutan bertuah dalam program "beli dan menang di Haqqi" bermula dari 1 januari 2020 sehngga 31 Disember 2020. Pembeli yang bertuah akan menerima pakej perlancongan ke Langkai bersama pasangan. Memang menarik anda cuma perlu memasukkan resit pembelian di dalam kotak yang di sediakan.







Butik Haqqi menjual pelbagai kelengkapan haji dan umrah antaranya ihram, jubah, kurta, baju melayu, sarung tangan, kit kosmetik haji dan telekung.




Tahniah! moga Butik Haqqi bertambah lagi dan berjaya hendakNya. Jom kita kunjungi Butik Haqqi di setiap cawangan Bangi, Shah Alam, TTDI dan Terengganu. Anda juga boleh membeli secara atas talian di www.haqqi.com.my ATAU anda boleh terus ke Butik Haqqi berdekatan dengan anda.

Butik Haqqi Bangi,
3-43, Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial mereka di :

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)