Terkini | New

Marrybrown Melancarkan 2 Menu Terbaru Egg-Stra Padu Salted Egg Meal

Kali ini kami ingin berkongsi kepada anda promosi menarik yang dinanti-nantikan di Marrybrown dengan memperkenalkan menu terbaru dengan gabungan Telur Masin.

Sajian hidangan dengan dua pilihan iaitu Hotouch Burger dan MB Crispy Chicken yang rangup dengan limpahan dengan sos Telur Masin yang padu! Telur masin ‘Egg-stra’ padu untuk para peminat yang ‘Egg-stra’ istimewa!





Marrybrown telah berjaya mengilhamkan cita rasa tempatan dengan gabungan resipi kegemaran rakyat Malaysia yang berminat pada sajian yang menggunakan Telur Masin sebenar.





Hidangan Telur Masin sudah menjadi satu trend dikalangan rakyat sejak kebelakangan ini. Marrybrown yakin bahawa sos ini akan menjadi kegemaran kerana ia diperkayakan dengan sentuhan egg-stra dan bertekad menggunakan telur masin sebenar untuk menambahkan rasa lemak berkrim lalu mengekalkan perisa umami pada sos ini.




Pasti akan teruja untuk menikmati sajian bersama Telur Masin Marrybrown dan merasai sendiri pengalaman rasa sos telur masin yang padu yang penuh kelazatan yang akan menggugat selera semua rakyat Malaysia.



Promosi Telur Masin, para peminat Marrybrown mempunyai dua pilihan yang enak iaitu Salted Egg Burger yang dihidangkan dengan kentang jejari atau Salted Egg Ayam yang dihidangkan dengan kentang lenyek dan salad.

Kedua-dua pilihan ini diperkayakan dengan sos Telur Masin Marrybrown dengan gabungan rempah ratus yang istimewa bersama daun kari yang beraroma, sesuai dengan citarasa tempatan.



Hidangan boleh didapati pada harga dari RM15.00, kedua-dua hidangan kombo dihidangkan dengan minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea yang cukup menyegarkan. Jadi apa tunggu lagi, bagi peminat tegar Telur masin boleh terus menikmatinya sekarang.

Salteg Egg Burger :
Harga dari Rm15.00



Salteg Egg Ayam :
2 pcs Harga dari RM15.90
3 pcs Harga dari RM18.80



Marrybrown kini melayani berjuta-juta pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran makanan sila layari laman web dan laman sosial mereka:

Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV
Delivery: http://mbdelivery.com.my

#Marrybrown
#MarrybrownMY
#SomethingDifferent
#EggstraPadu
#MBSaltedEggMeal