Recent comments

Terbaru

Majlis Menandatangai Memorandum Persefahaman (Mou) Antara Malaysia Tourism Council & TRI G Technoligies Sdn Bhd Bagi Perkhidmatan Saringan Covid-19.

Penularan wabak Covid 19 yang melanda dunia ketika ini telah menjejaskan sektor ekonomi negara khususnya industri pelancongan. Setelah lebih empat bulan mengharungi krisis Covid 19 dengan pelbagai sekatan pergerakan, industri pelancongan kini dilihat kembali bernyawa setelah kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP)yang membolehkan sektor pelancangan domestik dibuka semula.



Justeru bagi memastikan sector pelancongan mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara dan membina keyakinan dalam kalangan pelancong untuk melakukan aktiviti pelancongan, Majls Pelancongan Malaysia dan TRIG telah bersepakat untuk menjalinkan kerjasama strategik.


Menurut Uzaidi Udanis, Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, inistatif ini amat penting bagi memastikan scktor pelancongan negara dapat menjana kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“ Soal keselamatan dan kesihatan pelancong ketika melancong sangat penting dalam usaha kita memastikan sektor pelancongan kita diyakini, Inisiatif bersama Majlis Pelancongan Malaysia dan TRIG ini merupakan satu langkah murni dalam usaha kita menyahut seruan kerajaan dalam membendung wabak Covid 19. Saya berharap semua pihak khususnya penggiat sektor pelancongan dapat menyokong Usaha inl sekaligus menjayakan aspirasi pelancongan negara, "kata Uzaidi Udanis, Presiden Majlis Pelancongan Malaysia.
Kerjasama ini melibatkan usaha-usaha untuk mempromosikan Ujian Saringan Covid 19 melibatkan pelancong-pelancang dan pemain industri Pelancongan yang terdiri daripada tenaga kerja seramai 3.5 juta pekerja dalam scktor pelancongan.

Menerusi kerjasama ini TRIG menyediakan rangkaian akses mudah di lebih 3500 kiinik dengan makmal yang di kreditasikan oleh KKM dengan keupayaan untuk menyediakan pelbagai jenis ujian untuk pelancong dan penggiat industri pelancongan.



Ujian ini disertakan dan disokong oleh Sistem "E Certificate" di bawah sistem aplikasi Tracvirus.com untuk pengesahan segera. TRIG berkerjasama dengan RTBA Malaysia untuk mempromosikan dan memastikan bahawa E-Certificate yang dikeluarkan adalah sah dan asli.

Akan memohon kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan penjenayah dan sindiket pemalsuan peralatan perubatan dan sijil yang berkaitan.

Apa yang pasti dengan adanya program seumpama ini akan ia akan menambahkan lagi keyakinan kepada pelancong-pelancong tempatan untuk melancong dan menikmati percutian mereka dengan tenang dan selesa.

Selain itu juga program ini bertindak bagi memastikan barisan hadapan industri pelancongan akan selamat dan dilindungi dari Covid 19. Menerusi program yang bersistematik dan dipercayai, ia dapat memastikan majikan di dalam industri pelancongan dari risiko pemalsuan dan penipuan sijil ujian Covid 19 oleh doktor atau klinik yang tidak bertanggungjawab.

Hasil daripada perlaksanaan progam ini ia sedikit sebanyak dapat membantu pemulihan sektor pelancongan dengan memastikan persekitaran yang selamat untuk mengalakan jumlah pelancong yang lebih ramai ke Malaysia.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial mereka di www.tracvirus.com

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)