Recent comments

Terbaru

Tarikan terbaru di Sunway Lagoon, Malaysia yang menghasilkan sebuah pulau yang dibina menggunakan lebih 300 kg bahan-bahan kitar semula dikenali sebagai "Upcycled Floating Island".

Tarikan terbaru di Sunway Lagoon, Malaysia yang menghasilkan sebuah pulau yang dibina menggunakan lebih 300 kg bahan-bahan kitar semula dikenali sebagai "Upcycled Floating Island".



Sunway Lagoon mempunyai seekor gibbon, yang mendiami "Upcycled Floating Island". Gibbon yang bertangan putih dan berumur 15 tahun yang sangat pandai dan nakal. Gibbon turut dikenali sebagai lar gibbon (Hylobates lar), merupakan spesies terancam dalam keluarga gibbon, Hylobatidae. Bulugibbon mempunyai variasi dari warna hitam, coklat gelap dan perang.

Sunway Lagoon juga ingin mempromosikan United Nation’s global Sustainable Development Goals (SDGs) melalui Upcycled Floating Island buatan manusia. 



Pembinaan pulau itu diperbuat daripada sisa kitar semula lebih daripada 300 kilogram seperti kepingan Styrofoam, botol plastik & tong klorin. Projek ini selari dengan visi dan misi bagi mencapai Sustainable Development Goals (SDGs) iaitu Matlamat 15: Kehidupan di Darat, untuk melindungi, memulihkan dan mempromosikan penggunaan ekosistem terestrial secara lestari.


Upcycled Floating Island adalah hasil titik peluh daripada lapan orang dan pembinaan pulau ini mengambil masa selama 14 bulan. Kos pembinaan pulau ini mencecah sehingga RM150,000.00. Salah satu keunikannya adalah pulau ini terapung di tengah tasik dan penjaga zoo akan menaiki bot bagi memastikan keperluannya dijaga.


Fokus SDG dikenali seluruh dunia dan focus adalah kelestarian dan pembelajaran yang berpanjangan menjadikan Sunway Lagoon tarikan terbaik di Asia. Rasa bertanggungjawab untuk  mendidik masyarakat mengenai pentingnya untuk mengitar semula. 







Pulau buatan manusia ini dapat memberikan kesedaran kepada semua, khusunya tentang pelbagai langkah yang boleh dibuat untuk melindungi alam sekitar sebelum menjadi sfera plastik." Penolong Kanan Sunway Lagoon, Magendaran Marimuthu.

Kebaikan dan belas kasihan yang kecil buat haiwan mungkin tidak bermakna apa-apa tetapi ini budaya Sunway untuk mencintai alam sekitar dan bersikap baik antara satu sama lain.

 

Anda juga boleh menikmati pengalaman memberi ikan kecil makan di "What The Fish" dan menaiki "Pontoon Boat Tour".Jom ke Sunway Lagoon bawa kawan dan anak-anak melihat sendiri keunikkan yang terbaik sambil bermain dan mandi-manda. 

Untuk maklumat lanjut layari laman web dan sosial media mereka di www.sunwaylagoon.com.

#sunwaylagoonthemepark #sunwaylagoon #upcycledfloatingisland

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)