Terbaharu | New

CITTA Mall Melancarkan Platform Digital myCITTA Menawarkan Pembelian Barangan Lebih Mudah

Bagi mereka yang belum tahu, sekarang CITTA Mall telah melancarkan platform myCITTA yang lebih mudah dan selesa untuk pelanggan sempena musim pandemik wabak covid yang membataskan pergerakan bagi mencegah ia terus merebak. 

Pembeli kini dapat memanfaatkan pembelian dengan mengakses platform melalui laman web pusat membeli-belah di www.citta.com.my.  


myCITTA menawarkan kelonggaran dan kemudahan kepada pembeli untuk melayari dan melakukan pembelian secara dalam talian.  Pembeli boleh memilih untuk penghantaran kerumah, pejabat atau mengambil sendiri ketika membuat pembelian.

  

CITTA Mall, memanfaatkan peluang yang diberikan oleh era digital untuk membantu penyewa meningkatkan penjualan sambil membuat pembelanjaan yang selamat dan selesa terus lokasi anda.



Terdapat lebih dari 35 kedai yang bekerjasama dan menawarkan pelbagai pilihan barangan menarik. Untuk pembelian barangan yang lebih, pembeli boleh membeli barangan yang terlaris dari pelbagai kedai dalam satu penghantaran, mudah dan jimatkan.



Senarai Outlet Pilihan.
Antara peniaga dan restoran yang mengambil bahagian, anda boleh pilih di myCITTA seperti:

- A slice of Heaven
- Beans N Beans,
- Wingstop
- Fruitlab
- Peak Fitness
- Ashley Furniture HomeStore
- Canning Heritage
- Gajahmada
- House of Malaya
- Penyet Express
- A Beauty Secret Studio
- A&W
- Boozeat
- Gadget C Store
- Iyakimono
- JOMLaksa
- Manjakaki
- Marrybrown
- Mikey's Pizza
- Onde Onde
- Para Thai
- Tail & Fin
- The Barn
- Twinbow
- Union Roastery
- MaggyMe
- Mie Universal
- Ying Ker Lou
- Waroeng Penyet
- Wrappe
- Deli Wau
- B Optique
- Julia Gabriel & Chiltern House Preschool


Promosi Dan Cara Pembelian.
Untuk pembeli anda dapat menikmati promosi sempena pelancaran platform digital seperti potongan RM5 untuk setiap pesanan di myCITTA dengan memasukkan kod CITTA2U (Sah untuk 100 pelanggan pertama sahaja).

Untuk membuat pesanan secara dalam talian, pembeli hanya perlu melalui langkah-langkah berikut: 
1. Pergi ke www.citta.com.my di PC atau telefon bimbit.
2. Klik butang Pesan Sekarang di bahagian Penjual Terbaik atau klik pada logo kedai yang mengambil bahagian. 
3. Pilih item dan kuantiti (pilih add-ons, jika ada), kemudian klik Add to Order. 
4. Semak pesanan anda dengan klik ikon belanja. Pilih tarikh dan masa penghantaran, kemudian isikan maklumat anda.
5. Tandakan kotak 'Saya faham dan saya sudah bersedia untuk menghantar pesanan saya' dan klik Hantar Pesanan.
6. Selesaikan pembayaran, terima pengesahan pesanan anda melalui WhatsApp, dan tunggu pesanan anda tiba.


Review Restoran Waroeng Penyet Dan Wrappe  di Citta Mall.
Kami sempat mencuba sendiri makanan yang ada di CITTA MALL antaranya adalah Restoran Waroeng Penyet Dan Wrappe. Memang kami sarankan anda mencuba hidangan mereka yang popular.

Restoran Waroeng Penyet.
Bagi peminat makanan asli Indonesia bolehlah anda terjah ke Restoran Waroeng Penyet yang popular dengan ayam penyet dan sambal-sambal mereka yang padu. 




Restoran ini telah berkembang sejak tahun 2007 lagi dan pernah dikunjungi Presiden US iaitu Obama suatu ketika dahulu. 





Pilihan makanan yang bukan sahaja ada ayam tetapi pelbagai lagi menu seperti ikan, udang, bakso turut serta disediakan. Jangan lupa cuba sambal mereka yang padu dan kicap manis yang membuka selera anda.

Set Geprek Hijau.

Set Ayam Bakar


Set Ayam Penyet Peha.

Restoran Waroeng Penyet dibuka setiap hari di CITTA MALL bermula jam 10 pagi sehingga 10. Jika berkunjung ke Citta Mall anda boleh pergi ke tingkat 1 atau hubungi 0198818763.
Layari laman web mereka di www.waroengpenyet.com


Wrappe
Bagi peminat makanan yang berasaskan roti dan sayuran boleh ke Restoran Wrappe yang pantas dan sihat. Anda boleh lihat sendiri hidangan kesukaan anda di gulung dalam kepingan roti nipis dengan sos-sos menarik.




Memang sesuai mereka yang inginkan makanan yang pantas, segar dan berkhasiat. Kami sempat menikmati hidangan Bull Run yang penuh dengan tirisan daging yang banyak dan sos yang sedap.


Selain itu anda dapat merasai air lemonade dan coffee mereka yang sedap.





Restoran Wrappe dibuka setiap hari di CITTA MALL bermula jam 10 pagi sehingga 10. 

Jika berkunjung ke Citta Mall anda boleh pergi ke pintu utama level G atau hubungi 01136767530
Layari laman web mereka di www.facebook.com/wrappe.my/

Jom kita layari laman web www.citta.com.my untuk maklumat lanjut.