Terkini | New

Sesi Penyerahan Kad Pengenalan Kepada Peserta I-Kembali Di Putrajaya

Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK) menyasarkan lebih 1,000 bekas banduan akan menyertai program I-Kembali yang dilaksanakan khusus untuk membantu mendapatkan pekerjaan bagi memulakan kehidupan baharu.


Seramai 30 peserta program I-Kembali yang kehilangan kad pengenalan ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk memohon kad pengenalan yang baru setelah membuat laporan di balai polis. Turut serta adalah Pengerusi, Datuk Seri Siti Murni Sheikh Ahmad yang turut sama membantu membawa peserta ke Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya.


Program i-Kembali ini telah dilancarkan pada 2 Jun lepas dan seramai 385 bekas banduan telah menyertai program I-Kembali dan dan berjaya mendapatkan pekerjaan.



Peserta-peserta yang terpilih akan melalui proses saringan dan sesi motivasi di Pusat Penjagaan dan Pemulihan Ghullam di Salak Tinggi, Selangor sebelum ditempatkan di sektor pekerjaan seperti pekilangan, perkhidmatan, pertanian dan pembinaan.



Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK) berkerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia bagi memberi ruang dan peluang kepada para bekas banduan bagi mendapatkan pekerjaan dan ini membantu mereka untuk bina kehidupan baru. 



Para peserta program I-Kembali ini akan dipantau oleh PERGAK serta Jabatan Penjara bagi memastikan mereka tidak kembali melakukan kegiatan jenayah. PERGAK adalah pertubuhan yang mengurus tadbir dan membantu para peserta program I-Kembali untuk membina kerjaya.


Program I-Kembali ini bertindak sebagai pemudahcara bagi menghubungkan bekas banduan, orang diparol dan orang diselia dengan bakal-bakal majikan.

*BEKAS BANDUAN (PPS) - Orang perseorangan yang telah selesai menjalani tempoh hukuman di penjara bagi kesalahan yang dilakukan.

*ORANG DIPAROL (ODP)(BEKAS) - Banduan yang dilepaskan secara Perintah Parol bagi menjalani baki hukuman dan pemulihan di luar penjara bersama masyarakat.

*ORANG DISELIA (ODS)(BEKAS) - Banduan yang sedang mengikuti Program Pemulihan Pemasyarakatan di kem tentera atau tempat-tempat lain yang diluluskan.


Moga usaha ini mendapat perhatian dari pihak kerajaan dan membantu mengurangkan kadar pengangguran di kalangan bekas banduan dan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Kerjasama dari mana-mana badan NGO diperlukan untuk menjayakan program ini turut di alu-alukan.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web I-Kembali dan laman sosial mereka di Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK)

I-KEMBALI
No 9, Level 2, Galleria Cyberjaya
Jalan Teknokrat 6, Cyber 5
63000 Cyberjaya Selangor D. E.

Tel : 03-8322 7065
Tel : 016-867 3117
Email : gdsb.ikembali@gmail.com