Terbaharu | New

Perak Destinasi Adventure Tourism

Perak negeri yang memang cukup terkenal dengan negeri yang popular dengan aktiviti-aktivi lasak yang terbaik dan hebat. Selaras dengan hasrat kerajaan menjenamakan Malaysia sebagai Top of The Mind Ecotourism Destination of the World menerusi Dasar  Pelancongan Negara 2020-2030, Tourism Perak mengambil inisiatif segera dengan menganjurkan program Adventure Tourism @ Perak FAM Trip.


Program 3 hari 2 malam ini melibatkan penyertaan seramai 30 orang pengamal media, wakil agensi pelancongan, persatuan pelancongan lasak serta international expatriate. 


Menerusi program ini peserta berpeluang meninjau sendiri serta melakukan pelbagai aktiviti pelancongan lasak di Sunway Lost World Of Tambun, Gua Tempurung, Kellie's Castle, TT5 serta beberapa lagi tarikan pelancongan di negeri Perak


Menurut Nurmalis Musa, CEO Tourism Perak, bagi menyahut saranan kerajaan dalam memastikan sektor pelancongan terus mampu memacu pertumbuhan ekonomi negara.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengimbangi pembangunan serta pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah negara termasuk alam sekitar, budaya dan warisan menerusi program-program promosi yang terancang serta efektif sebagaimana yang program Adventure Tourism @ Perak Fam Trip ini,” 

Bagi memastikan pembangunan produk pelancongan sentiasa mampan, berdaya saing dan inklusif seperti yang dinyatakan dalam Dasar Pelancongan Negara 2020-2030, pihak Tourism Perak sentiasa mencari ruang yang sesuai untuk menjalankan kerjasama strategik bersama media, agensi pelancongan serta seluruh penggiat industri pelancongan dari dalam dan luar negara. 


Sesungguhnya jalinan kerjasama pintar antara pihak media dengan pihak Tourism Perak ini merupakan satu inisiatif murni ke arah menyahut seruan kerajaan sekali gus mempromosikan produk-produk adventure tourism secara lebih menyeluruh lagi. 

Program ini juga membuktikan bahawa dalam konteks pelancongan pihak media massa, agensi pelancongan serta kerajaan negeri dapat bersatu suara dalam menjayakan misi nasional membangun serta membina semula industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pendemik Covid 19.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web dan laman sosial media Tourism Perak