Terbaharu | New

PD London Bus Retro Village Penginapan Unik di Port Dickson Negeri Sembilan.

Pengembaraan kami ke Negeri Sembilan bersama Tourism Malaysia Wilayah Tengah adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.



Salah satu lokasi penginapan yang menarik di Negeri Sembilan adalah di PD London Bus Retro Village yang terletak di tepi Pantai Port Dickson. 

Apa yang menariknya terdapat 3 buah bas 2 tingkat yang berasal dari London dan dijadikan tempat penginapan.




Penginapan di dalam bas boleh menempatkan seramai 8 orang, di lengkapi dengan penyaman udara dan bilik air di bahagian bawah.

Selain penginapan unik bermalam di dalam bas anda juga boleh mencuba bermalam di dalam chalet Aloft , bilik-bilik kontena yang terdapat di sini. 

Terdapat juga ruang kafe untuk bersantai yang di penuhi barangan antik dan motorsikal lama untuk pameran. 

PD London Bus Retro Village berdekatan dengan pantai untuk mandi-manda PD London Bus Retro Village juga menyediakan tempat mandi dan parking untuk keselesaan pengunjung.



Pasti menarik bercuti di salah satu penginapan unik dan istimewa. Suasana malam juga meriah dengan lampu-lampu yang menerangi PD London Bus Retro Village.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan anda boleh ke laman web dan sosial media mereka di https://www.facebook.com/pdlondonbus

 PD London Bus Retro Village
Batu 8, Jalan Pantai Si Rusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Tel : 017-337 2832