Terkini | New

Yong Tau Foo Pilihan Bersama Zi's Tasty Treats Sempena Juadah Ramadan

Kali ini ingin kami berkongsi dengan anda salah satu lagi lokasi menarik untuk anda menikmati Yong Tau Foo kegemaran semua.  Bagi mereka yang berdekatan Selayang jangan lupa singgah dan cuba Yong Tau Foo Ibu atau Zi's Tasty Treats yang terletak di Medan Selera Lotus Selayang.


Bagi peminat makanan Yong Tau Foo pasti mencari sendiri kedai yang penuh dengan pelbagai jenis isi yang sedap termasuklah bebola ikan, tauhu dan makanan laut yang yang lain bersama citarasa kuah pilihan. 



Pada pandangan kami Zi's Tasty Treats adalah tempat yang sesuai untuk menikmatinya. Selain kedai yang bersih yang di tutup pada awalnya mereka menghasilkan kuah dari resepi sendiri yang dimasak istimewa tanpa tambahan bahan pengawet dan pewarna tiruan.



Bagi pemilik Zi's Tasty Treats Puan Zaimah Ismail, yang biasa dipanggil ibu dikalangan pekerja dan kedai-kedai bersebelahan memberi tahu beliau asalnya adalah peminat Yong Tau Fo. Jika ada majlis rumah terbuka atau kenduri beliau juga turut menghidangkan Yong Tau Foo kepada pengunjung.


Di atas pemintaan penggemar Yong Tau Foo dari jiran dan rakan-rakan kerja mendorong beliau membuka Zi's Tasty Treats yang terletak di Medan Selera Lotus Selayang ini. Bermula 2 minggu sebelum PKP melanda seluruh negeri beliau turut membuat hidangan tempahan lunch box menerusi dalam talian.



Zi's Tasty Treats mempunyai lebih 30 aneka pilihan Yong Tau Foo untuk anda dinikmati dan harga yang ditawarkan bermula dari Rm 50 sen sehingga Rm 4 serta boleh dinikmati bersama kuah sos yang manis dan pedas. Bagi peminat Yong Tau Foo anda harus cuba bersama kuah sup yang panas dan sedap. 



Selain dari Yong Tau Foo anda boleh cuba menikmati hidangan menarik seperti Sotong Kangkung, Chee Cheong Fun dan Tahu Bakar yang pasti enak dan sedap. Memang meriah menikmati hidangan yang sedap bersama kawan-kawan dan keluarga. 






Bersempena dengan bulan ramadan akan datang Zi's Tasty Treats menawarkan set Iftar Talam dan Kotak Moreh untuk berbuka puasa nanti. 

Set Iftar Talam sangat sesuai untuk berbuka puasa dengan harga Rm 40 manakala, set Kotak Moreh pada Harga Rm5 sesuai untuk individu atau organisasi bagi disedekahkan pada surau, masjid atau rumah kebajikan

Untuk tempahan anda boleh singgah ke laman sosial mereka di :
Tel :  012-6556199