Terkini | New

Putri Najuwa Telah Dilantik Sebagai Artis Kolaborasi Produk Royale Kukur

Seramai lebih 150 orang anak-anak yatim dan asnaf telah diraikan di sebuah Majlis Ihya Ramadan yang berlangsung di Pusat Komuniti PPR Intan Baiduri Kepong, Kuala Lumpur. Majlis yang diadakan setiap tahun bersempena bulan ramadan adalah anjuran Pertubuhan Amal Bakti SeMalaysia bersama Kawasan
Rukuntetangga (KRT) PPR Intan Baiduri dan Syarikat Impian Ramai F&B Sdn Bhd.


Majlis tersebut turut dimeriahkan oleh selebriti dan artis YM Tengku Putri Najuwa yang juga merupakan artis Kolaborasi produk Royale Kukur bagi Syarikat Impian Ramai F&B Sdn Bhd.


Pertubuhan Amal Bakti SeMalaysia telah ditubuhkan pada 3 September 2010 dengan slogan ‘Perpaduan Membawa Keharmonian’. Pertubuhan ini diasaskan oleh YM Tengku Datin Nazaziah Bt Tengku Abdullah yang juga merupakan Pengerusi Syarikat Impian Ramai F&B Sdn Bhd dan diterajui bersama Yang DiPertua Dato’ Zariah Bt Ali.


Matlamat pertubuhan ini ditubuhkan adalah untuk memupuk semangat kasih sayang bagi mewujudkan satu masyarakat yang penyayang, tolong menolong dan saling hormat menghormati sesama insan. Selain itu, pertubuhan ini ingin menjaga kebajikan ahli-ahli serta memupuk perpaduan bangsa dan bekerjasama di dalam setiap aktiviti yang dianjurkan dari segi aktiviti sukan, riadah, keagamaan, kebajikan dan lain-lain untuk kebaikan bersama.




Pertubuhan ini aktif menjalankan aktiviti-aktiviti kerja amal kebajikan dan memperjuangkan serta membantu insan-insan kekurangan yang memerlukan bantuan seperti warga emas, ibu tunggal, bapa tunggal, anak-anak yatim, golongan OKU dan golongan Asnaf. Disamping itu, pertubuhan ini sentiasa memberi sokongan moral kepada sukarelawan dan sukarelawati dalam membantu mangsa-mangsa banjir, bencana alam dan seumpamanya.


YM Tengku Putri Najuwa salah seorang daripada kerabat di raja Pahang amat berbesar hati dan gembira dapat meluangkan masa bersama anak-anak yatim dan asnaf untuk bersama-sama berbuka puasa di bulan Ramadan Tahun ini selepas 2 tahun negara Malaysia ‘Lockdown’ disebabkan pandemik covid-19


Lebih selesa dengan panggilan Putri Najuwa, beliau kini telah berhijab kira-kira sebulan lalubersyukur di atas penghijrahan beliau yang datang daripada dirinya sendiri. Semenjak berhijrah dan sebagai seorang suri rumah kebanyakan masa beliau dihabiskan dengan aktiviti memasak dan mengikuti kelas agama.


Putri Najuwa telah disuntik untuk menjadi artis kolaborasi produk Royale Kukur sepanjang bulan Ramadan ini bersesuaian dengan minat Putri Najuwa yang gemar memasak dan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat. Beliau juga amat menitikberatkan tentang kecantikan luaran dan dalaman.



Produk royale kukur telah dianugerahkan (Excellence in Kukur Mushroom Production 2022) oleh Asean Food & Travel Awards 2022 sebagai pengeluar produk cendawan kukur yang pertama di Malaysia.

Instagram Putri Najuwa 

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut layari Website www.royalekukur.comFacebook Page dan Instagram Royale Kukur.