Terkini | New

Sumbangan Khidmat Masyarakat Bersama Royale Kukur Sempena Memenangi Anugerahkan Excellence oleh ASEAN Food & Travel Awards 2022

Syarikat Impian Ramai F&B Sdn Bhd meneruskan rangkaian jenama Royale Kukur dengan penghasilan produk berasaskan Cendawan Kukur atau lebih dikenali dengan nama Kulat Sisir merupakan syarikat pengeluar terulung dalam pasaran di Malaysia.


Pada 31 March 2022 baru-baru ini, syarikat Impian Ramai F&B Sdn Bhd telah di anugerahkan Excellence in Kukur Mushroom 2022 oleh Asean Food & Travel Awards 2022 sebagai pengeluar produk cendawan kukur yang pertama di Malaysia. 

Bersempena bulan ramadan yang mulia ini, Royale Kukur bekerjasama dengan selebriti dan artis YM Tengku Putri Najuwa bagi mempromosikan produk Royale Kukur.


Usahasama ini adalah atas dasar sokongan kekeluargaan selain menarik minat anak-anak muda untuk lebih mengenali kelebihan cendawan kukur. Kerjasama ini sejajar dengan penghijrahan beliau dalam pemakaian hijab. Dengan populariti dan statusnya kini sebagai suri rumah, beliau lebih gemar memasak dan mengambil makanan berkhasiat serta menitikberatkan kecantikan luaran dan dalaman.


Majlis Ihya Ramadhan Meraikan Anak-anak Yatim dan Asnaf bersama Putri Najuwa dan Royale Kukur. Program ini dianjurkan bersama PERTUBUHAN AMAL BAKTI SEMALAYSIA bersama KAWASAN RUKUNTETANGGA (KRT) PPR INTAN BAIDURI.



Impian Ramai F&B telah diinspirasikan oleh dua beradik Kerabat di Raja kelahiran Pahang, YM Tengku Datin Nazaziah Bt Tengku Abdullah, 59, dan adiknya, YM Tengku Roziah Bt Tengku Abdullah, 57 yang juga merupakan sepupu kepada Yang di Pertuan Agong. Puan Azera Bt Abu Hussan selaku Ketua Pengarah Eksekutif yang juga merupakan anak saudara sulung kepada YM Tengku Datin Nazaziah dan YM Tengku Roziah, telah memulakan langkah dalam penanaman dan pengeluaran cendawan kukur berdasarkan pengalaman beliau di dalam bidang pertanian hampir 10 tahun.





Royale kukur berhasrat dapat mendidik masyarakat tentang pelbagai kelebihan dan kebaikan cendawan kukur yang bukan sahaja sedap dijadikan hidangan makanan, tetapi juga banyak khasiat untuk kesihatan. Cendawan kukur merupakan salah satu sumber keperluan tambahan untuk protein, tinggi anti-oksidan, kaya dengan vitamin B dan D serta dapat menguatkan sistem imun.





Kelainan aromatiknya turut menjadikan cendawan kukur bahan yang unik untuk dijadikan produk makanan. Semua resepi lebih tertumpu kepada masakan Melayu seperti Dendeng, Masak Lemak dan Sambal Hijau mengikut selera rakyat Malaysia. Produk lain seperti Sup Berkrim dan Kari yang menepati selera sesuai untuk semua peringkat umur.



Perancangan syarikat untuk meluaskan lagi pasaran Royale Kukur ke seluruh dunia bagi memperkenalkan cendawan kukur sebagai cendawan Malaysia kerana ramai yang masih tidak mengenali keenakan dan kebaikannya. Pada masa yang sama, syarikat merancang untuk mengeluarkan lebih banyak produk makanan, minuman serta kesihatan dan kecantikan berasaskan cendawan kukur.




Royale Kukur menggunakan pendekatan modul ‘business to business’ dengan menyediakan platform latihan dan pembangunan kerjaya untuk agen dan masih lagi membuka peluang untuk mereka yang berminat untuk menjadi agen berdaftar di seluruh negeri.


Royale kukur berhasrat untuk membantu mereka yang terkesan akibat pandemik termasuk golongan suri rumah dan mereka yang tidak bekerja untuk menjana pendapatan sampingan. Syarikat milik 100 peratus bumiputera itu telah ditubuhkan pada 7 Januari 2021.


Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut layari Website www.royalekukur.com, Facebook Page dan Instagram Royale Kukur.