Terkini | New

Hujung Minggu yang Memuaskan dengan Galaxy A23 - Telefon Mampu Milik dengan Kamera OIS!

Hujung Minggu yang Memuaskan dengan Galaxy A23 - Telefon Mampu Milik dengan Kamera OIS!


Hujung minggu sentiasa dinanti-nantikan selepas minggu yang sibuk, dan idea hujung minggu yang menyeronokkan mungkin berbeza bagi setiap orang - jadi mari kita lihat bagaimana Galaxy A23 membantu pemiliknya 'A' memanfaatkan hujung minggunya dengan sepenuhnya!

9AM: A membuat sarapan untuk keluarganya setiap hujung minggu. Dengan Galaxy A23 yang menawarkan resolusi skrin Full HD+ dan 12GB (6GB RAM + 6GB RAM Plus), ia bukan sahaja menjadikan kandungan dalam paparan kelihatan jelas, tetapi A juga mampu menavigasi video resipi di Youtube dengan mudah.

1PM: A pergi ke kafe dengan rakan-rakannya, dan jelas sekali, sebagai seorang perempuan, A akan sentiasa merakam semua detik yang meriah menggunakan kamera quad Galaxy A23 yang dinaik taraf. Apatah lagi, kamera tersedia dengan OIS, yang membolehkan A merakam video dengan lebih lancar dan dengan butiran yang lebih halus walaupun dalam cahaya malap. Mereka juga suka mengambil selfies kerana kamera hadapan 8MP dilengkapi dengan kesan bokeh, menjadikan gambar kelihatan lebih cantik!

6PM: Anda mungkin fikir A akan mula bimbang kerana telefonnya sepatut kehabisan bateri , tetapi itu tidak berlaku. Memandangkan peranti ini padat dengan kuasa 5,000mAh dan disokong dengan 25W Fast Charging– A dapat menikmati harinya sepenuhnya untuk berjam-jam.

10PM: Akhirnya tiba masanya untuk hiburan masa rehat sementara A bersiap untuk tidur. Sebelum tidur, dia akan menikmati siri TV kegemarannya – dan Galaxy A23 memberikan pengalaman yang mengasyikkan dengan paparan TFT V-Cut 6.6-inci dan pengalaman tontonan yang lancar tanpa gangguan dengan kadar penyegaran 90Hz.

Walaupun ia telefon termurah dalam kategori peringkat permulaan Samsung, ia masih hebat untuk kegunaan harian anda! Peranti tersebut berfungsi lebih baik daripada yang anda jangkakan – jika A boleh mengalami hujung minggu yang memuaskan dengan Galaxy A23, anda boleh juga!

Galaxy A23 kini tersedia untuk dibeli di mana-mana Samsung Experience Stores, Samsung Authorized Dealers dan Samsung Malaysia Online Store pada harga runcit yang disyorkan RM999. Selain itu, mulai hari ini hingga 31 Mei 2022, anda akan mendapat Card Slot Cover bernilai RM59 secara percuma!

Untuk maklumat lanjut tentang Galaxy A23, sila layari: https://www.samsung.com/levant/smartphones/galaxy-a/galaxy-a23-white-128gb-sm-a235fzwvmea/