Terkini | New

MR D.I.Y. perhebat tawaran runcit dengan Pembukaan MR. D.I.Y. PLUS

MR D.I.Y. perhebat tawaran runcit dengan MR. D.I.Y. PLUS
Warga kota KL telah berpusu-pusu mengunjungi MR. D.I.Y. PLUS yang baru dibuka di Mid Valley Megamall sebelum pelancaran rasminya lagi, kerana teruja dengan skala dan saiznya yang amat besar.

Kumpulan MR D.i.Y.  semasa Pembukaan Rasmi MR. D.I.Y. PLUS di Mid Valley Megamall - Dari kiri ke kanan: Mohamad Nurdin (Pengurus Peruncitan Kawasan), Alex Goh (Ketua Jabatan Pemasaran), Leo Gan (Naib Presiden Pembangunan Perniagaan), Adrian Ong (Ketua Pegawai Eksekutif), Eric Lau (Naib Presiden Jabatan Pengurusan Runcit), Jannice Tan (Pengurus Peruncitan Wilayah); dan Suraidah Ebdei (Pengurus Peruncitan Cawangan)

MR D.I.Y. PLUS adalah penawaran terkini dari peruncit perkakas rumah Kumpulan MR D.I.Y. Berhad. Kedai berkeluasan 30,000 kaki persegi tersebut mempamerkan kira-kira 20,000 jenis produk dalam lima kategori utama iaitu perkakasan, barangan kegunaan rumah dan perabot, elektrik, alat tulis, dan produk kelengkapan sukan; dan lain-lain (termasuk permainan, aksesori kereta, barang kemas, kosmetik, produk makanan dan minuman, serta produk penjagaan diri & kesihatan). Acara tersebut menyaksikan para pelanggan dan tetamu menikmati pelbagai aktiviti yang diadakan di dalam ruang sebesar dua tingkat itu.



Berucap di acara pembukaan rasmi besar-besaran kedai tersebut hari ini, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. Alex Goh berkata, “Para pelanggan kini bijak dan berpengetahuan. Mereka mahukan nilai, kemudahan sebuah kedai sehenti, dan manfaat daripada pengalaman membeli-belah yang menarik serta menyeronokkan. MR D.I.Y. PLUS menawarkan semua ini dalam satu ruang yang menghiburkan - maka tidak hairanlah lebih 200,000 pelanggan telah mengunjungi kedai ini pada bulan pertama sejak pembukaannya pada 19 Mei 2022.”


Mengulas mengenai kedai tersebut, Goh berkata - MR. D.I.Y. PLUS ini dibangunkan berdasarkan maklumat dan maklum balas pelanggan yang dikumpul oleh MR D.I.Y. sebagai sebahagian daripada proses penyelidikan pelanggan dan analisis data yang berterusan.


“Kami bukan sekadar ingin membina sebuah kedai yang besar semata-mata, MR. D.I.Y. PLUS adalah sebuah ruang yang telah diatur dengan teliti untuk membawakan rangkaian barangan keperluan harian kami di sebuah lokasi yang menyenangkan. Kajian kami menunjukkan pasca pandemik pelanggan mahukan lebih lagi jaminan barangan harga terendah dan dengan cara yang baru, menyeronokkan serta interaktif - mereka mahukan sesuatu yang menghiburkan. Ia menjanjikan para pelanggan bahawa mereka bukan sahaja dapat membeli barangan keperluan harian, tetapi juga boleh menikmati pengalaman yang menyeronokkan, selain memperoleh pengetahuan dan inspirasi sepanjang proses membeli-belah,” kata Goh.


MR D.I.Y. PLUS adalah jenama terkini dari rangkaian jenama Kumpulan MR D.I.Y. yang turut merangkumi jenama asal MR. D.I.Y. yang dilancarkan pada 2005, diikuti oleh MR. TOY pada 2019, MR. DOLLAR pada 2020 dan MR. D.I.Y. Express pada 2021. Pembukaan MR D.I.Y. PLUS menjadikan jumlah keseluruhan kedai milik Kumpulan MR D.I.Y. melebihi 950.


Bersempena acara pembukaan rasmi ini, peruncit akan mengadakan satu siri aktiviti dan promosi dari 1 hingga 3 Julai 2022. Untuk tempoh yang terhad, para pelanggan yang mengunjungi MR. D.I.Y. PLUS juga boleh mencuba kotak-kotak pengalaman DIY pengalaman yang unik di kedai itu, yang melambangkan pelanggan-pelanggan MR D.I.Y. dari pelbagai latar belakang. Kotak-kotak DIY itu merangkumi seorang bapa yang bekerja, suri rumah, remaja perempuan, penyokong inisiatif lestari, dan peminat barangan perkakasan dan aktiviti berkebun.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR. D.I.Y. PLUS, layari laman web MR D.I.Y., www.mrdiy.com, platform e-dagang, www.mrdiy.com.my, dan saluran media sosialnya di, Facebook dan Instagram.