Terkini | New

HONOR 70 Telefon Pertama Di Dunia Menggunakan Kamera Penderiaan Super IMX800, Menghasilkan Imej Di Luar Jangkaan!




Selepas menayangkan teaser kepada umum, HONOR tidak lagi berahsia dengan rancangan untuk melancarkan produk terbaharunya, iaitu HONOR 70 yang bakal mencetuskan fenomena di Malaysia. Model flagship HONOR terbaharu ini akan menampilkan Kamera Utama Penderiaan Super IMX800 yang mengetengahkan kamera makro dan ultra lebar dua kali ganda 50MP serta sensor kedalaman 2MP. Gambar contoh boleh dilihat untuk menentukan tahap profesional fotografi telefon pintar.


HONOR 70 dengan Kamera Penderiaan Super IMX800 Sony Pertama Dunia

HONOR sering tampil dengan teknologi canggih dan HONOR 70 membuktikan jenama tersebut menampilkan telefon pintar pertamanya dengan penderiaan IMX800. Peranti ini memiliki sensor 1/1.49 dan aperture sebesar f/1.9 yang menjadi antara ciri-ciri istimewa yang ditampilkan, sekaligus membawa fotografi ultra ke satu tahap baru. Berbanding dengan IMX766 yang biasanya digunakan oleh telefon pintar mercu lain, IMX800 yang terdapat pada HONOR 70 melonjakkan julat dinamik pada 23%, sekaligus menewaskan model pendahulunya dari segi kejelasan, kualiti dan hasil pada cahaya rendah. Jurufoto telefon pintar amat bergantung pada sensor kamera dan kini HONOR 70 membawa prestasi fotografi telefon pintar kepada satu tahap yang lebih tinggi untuk tangkapan gambar cahaya malap, cahaya backlit dan waktu malam.

Fotografi yang Mengagumkan ketika Cahaya Malap dan Backlit

HONOR 70 adalah telefon pintar pertama yang dilengkapi Kamera Penderiaan Super IMX800 Sony yang memberi hasil fotografi lebih bagus. Sensorya membolehkan gambar dalam keadaan cahaya yang kurang kini menjadi lebih jelas dengan noise semakin berkurang, melengkapkan fungsi tangkapan gambar menjadi lebih hebat. Gambar contoh menunjukkan tangkapan pada cahaya kurang kelihatan seperti profesional, malah latar belakang juga jelas kelihatan tanpa cahaya berlebihan, namun pada masa sama mengekalkan butiran terperinci dalam suasana keseluruhannya.



Kamera Ultra Lebar untuk Sudut Pandang Lebih Besar

Selain itu, kamera utama HONOR 70 juga menampilkan 50MP dengan lensa ultra lebar 122 darjah dan menyokong tangkapan makro 2.5cm pada masa serentak. Kelebihan ciri kamera ini menjadikan HONOR 70 sesuatu yang unik pada lingkungan harga yang sama. Gambar contoh menunjukkan sudut tangkapan HONOR 70 hampir tiada distortion, dengan lensa 50MP dapat mengawal warna dan kecerahan dengan betul. Bagi fungsi makro, HONOR 70 secara pintar akan bertukar apabila kamera terlalu dekat dengan subjek, menjadikan tangkapannya lebih jelas walaupun pada jarak dekat.



Kemunculan HONOR 70 yang dinantikan

HONOR 70 bukan hanya menaik taraf fungsi fotografinya, malah banyak lagi ciri-ciri menarik yang akan didedahkan HONOR selanjutnya. Platform pengimejan HONOR Image Engine akan mempesonakan setiap tangkapan fotografi, tambah pula kehebatan kamera utama IMX800 pasti menjadi HONOR 70 sebagai tumpuan.

HONOR akan mendedahkan banyak lagi maklumat mengenai HONOR 70 yang bakal tiba tidak lama lagi. Nantikannya di Facebook rasmi dan laman sesawang HONOR Malaysia.