Terkini | New

Menikmati Steamboat Halal Di Pak John Steamboat & BBQ Great Eastern Mall

Jom semua kali ini nak kongsikan satu lagi makanan menarik yang boleh semua cuba di Pak John Steamboat & BBQ bertempat di Great Eastern Mall. Lokasi terbaru yang nampak besar, cantik dengan mural,susun atur menarik dan suasana macam dalam hotel.

Pelbagai menu dan hidangan terbaik sambil layan restoran yang cukup selesa dan luas. Ada 2 bilik VIP untuk anda yang ingin nak buat majlis dalam 20 hingga 30pack dalam satu-satu masa. Ada set karaoke lagi tu! Memang meriah bila ramai-ramai berkumpul.


Lebih dari 100 menu serta sos pilihan dan perapan ayam yang mantap dari pedas hinggakan salt egg yang sedap. Pilihan sup pula boleh pilih sup tomyum, sup ayam, sup ikan, sup udang, sup kimci dan sup kari. Setiap meja anda boleh memilih 2 hidangan sup sahaja tau.






Bagi peminat dim sum dan sushi memang harus datang ke sini. Pencuci mulut memang banyak kalau nak tulis kat sini semuanya sedap-sedap seperti waffel, puding, abc dan aiskrim pun ada. Bukan budak-budak jer suka orang dewasa pun minat.



 
Nak lagi menarik tambah premium slice daging, kambing, ayam dan itik. Itik memang pilihan terbaik abam dari dulu lagi kalau makan kat sini. Nak dapatkan set premium tu anda perlu ambil set untuk makan malam tau. Sambil masak bolehlah cuba pelbagai sos dan perasa yang sedap-sedap




Jadi apa tunggu lagi semuanya nampak sedap dan menyelerakan. Pastikan korang betul-betul lapar dan sedia untuk masak-masak. Bawah ini kami kongsikan harga untuk anda menikmati bersama. Jommmm semua!..

Senarai Harga Untuk Hari Biasa

LUNCH:
Dewasa : RM53.90
Kanak -kanak : RM 31.90 (6 - 12yo)
Students/ Senior Citizen/ OKU : RM44.90
DINNER:
Dewasa: RM65.90
Kanak -kanak : RM33.90 (6 - 12yo)
Student/ Senior Citizen/ OKU - RM44.90

Senarai Harga Untuk Hujung Minggu.
Sepanjang Hari - RM73.90
Kanak -kanak : - RM38.90 (6 - 12yo)
Senior Citizen/ OKU - RM63.90

  Pak John Steamboat, BBQ & Dim SumLots 9, Level 3, Great Eastern Mall,
Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

Cawangan lain :IOI City Mall, Tropicana Gardens Mall Aeon Kota Bharu
 
Jangan lupa layari laman web dan sosial media mereka untuk promosi dan info menarik di :
Laman web: http://www.pakjohn.com/
Instagram: www.instagram.com/pakjohnbbq
Facebook: Pak John Steamboat & BBQ | Facebook