Terkini | New

PROGRAM EXPLORACE MEMPROMOSIKAN PRODUK PELANCONGAN ‘EXPERIENTIAL’ DI DAERAH SABAK BERNAM

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Agensi Promosi Pelancongan Rasmi, Tourism Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah menganjurkan program Explorace Sabak Bernam 2022 pada 13 Ogos yang lalu di Homestay Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam.




Lebih 100 orang peserta telah menyertai program dan penganjuran acara kali ini merupakan program kesinambungan dari Program Karnival Pelancongan Sabak Bernam yang telah berjaya dianjurkan oleh pihak Majlis Daerah Sabak Bernam pada tahun 2016 hingga 2018.



Acara ini merupakan acara pertandingan penjelajahan berkereta secara berkumpulan di mana peserta perlu mencari lokasi – lokasi yang telah ditetapkan berpandukan maklumat – maklumat yang diperoleh untuk menyelesaikan soalan dan tugasan di setiap lokasi checkpoint.




18 pasukan termasuk Media dan Agensi Kerajaan memberikan saingan dalam explorace bagi menyelesaikan 5 checkpoint utama cabaran Explorace yang bermula dari lokasi pelepasan di Homestay Sg Haji Dorani, Sabak Bernam. 





Explorace Sabak Bernam 2022 kali ini para peserta peserta berpeluang mempelajari seni gamelan, pembuatan kuih goyang, melawat muzium, hiasan nasi Ambeng dan pelbagai lagi aktiviti menarik. 



Antara kawasan pelancongan yang terlibat di sekitar daerah Sabak Bernam adalah seperti, Homestay Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Homestay Papitusulem, Sekinchan, Homestay Sg. Nibong, Sungai Besar, Homestay Batu 4 Sepintas, Sabak Bernam, dan Mini Muzium Wak Surgi, Sungai Besar.




En Azrul Shah bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor berkata, “Pengajuran acara seumpama ini adalah untuk menyokong dan menggalakkan penganjuran acara pelancongan di Negeri Selangor khususnya di daerah Sabak Bernam bagi meningkatkan jumlah kehadiran pelancong serta mempromosi daerah Sabak Bernam sebagai sebuah destinasi pelancongan agro di Selangor. Melalui aktiviti yang ditawarkan, ianya dapat mempromosikan aktiviti pelancongan beraskan “Experience Tourism” dan berasaskan komuniti yang terdapat di daerah Sabak Bernam.”





Akhir sekali peserta melakukan aktiviti mengagau atau menangkap ikan keli di sawah yang berjaya memberikan mata kemenangan tambahan kepada peserta dalam acara Explorace Sabak Bernam 2022. 




Tahniah kepada semua para pemenang dan MDSB dengan Kerjasama Tourism Selangor yang telah menganjurkan Explorace Sabak Bernam bagi menggalakkan sektor pelancongan di daerah Sabak Bernam. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web : www.selangor.travel