Terkini | New

Raihan Bakal Menganjurkan Konsert Buat Peminat Pada 26 November 2022 bertempat di Stadium Malawati , Shah Alam

Kumpulan Nasyid yang cukup popular Raihan bakal menyemarakkan lagi dengan konsert Buat Peminat Pada 26 November 2022 bertempat di Stadium Malawati , Shah Alam.


Raihan, seperti namanya yang membawa maksud tumbuhan harum atau bunga syurga , mereka memperjuangkan irama nasyid sehingga kini selepas kemunculan Raihan pada tahun 90an telah mencetus fenomena. Album debut dengan judul Puji-Pujian telah memecahkan rekod penjualan album lokal dengan terjual sebanyak 750,000 unit dan sehingga kini belum dapat dipecahkan oleh penjualan daripada artis tempatan lain.



Raihan yang kini dianggotai oleh Che Amran Idris , Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibr terus mendapat perhatian dari peminat muzik di seluruh pelusuk dunia . Bukan hanya negara Asia seperti Hong Kong , Kuwait , Dubai , Thailand dan Syria , muzik Raihan bergema dan disanjungi sehingga ke Eropah , Amerika Utara sehingga ke benua Afrika. Untuk merayakan perjalanan penuh liku 25 tahun mereka, Raihan akan muncul dengan konsert yang boleh disifatkan sebagai epik menerusi Garis Masa Konsert- Raihan .


" Garis Masa Concert- Raihan akan membawa kita kembali ke zaman kegemilangan mereka dan menghidupkan semula nostalgia serta fenomena alunan nasyid yang pernah menjadi kegemaran peminat muzik di Malaysia". Sebagai kumpulan yang telah mencipta pelbagai sejarah dan rekod serta menerima pengiktirafan, kami percaya Garis Masa Concert - Raihan mampu menarik orang ramai untuk menonton konsert mereka , malah ia akan menjadi sebuah persembahan yang lain dari biasa peminat saksikan , " ujar Jim Liew selaku penganjur mewakili WNS Marketing & Events Sdn Bhd . "

Raihan malah pernah membuat persembahan di hadapan Queen Elizabeth dengan menyanyikan lagu nasyid. Malah lagu - lagu dan persembahan mereka merentas hingga ke Dubai , Afrika , Rusia dan banyak negara lagi , " ujar Jim Liew lagi tentang pemilihan Raihan dalam konsert akan datang ini.

Judul Garis Masa diambil kerana dirasakan sesuai dengan ' timeline ' untuk mereka yang sudah mendengar lagu - lagu Raihan dari kecil hingga sekarang. Malah muzik Raihan juga didengar dan dinikmati oleh pelbagai bangsa dan agama .



Persembahan yang akan memakan masa sekitar 90 minit dan bermula pukul 8.45 malam itu akan menyaksikan Raihan mengalunkan untaian hit mereka termasuk Puji-Pujian, Iman Mutiara , Sesungguhnya , Thank You Allah , 25 Rasul , Syukur , Bismillah , dan Senyum .

Mendengar seleksi judul lagu yang diberikan pun membuat banyak peminat Raihan memutar nostalgia terhadap kehebatan alunan muzik kumpulan nasyid ini yang tidak berlebihan tetapi cukup mengasyikkan . Sementara itu , mewakili Raihan , Che Amran melahirkan rasa bersyukur kerana di sebalik banyaknya lambakan konsert, kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1996 ini akan ikut menyemarakkan suasana dengan nuansa muzik nasyid kebanggaan mereka .




Kami sangat bersyukur kerana berpeluang melakukan Garis Masa Concert- Raihan dan terima kasih kepada penaja kerana percaya dan mahu Garis Masa Concert- Raihan dilaksanakan pada 26 November depan . Terima kasih kepada Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur kerana sudi menjadi penaja untuk sesi Press Conference.

Konsert Garis Masa Raihan akan berlansung pada 26 November 2022 bertempat di Stadium Malawati , Shah Alam, 8:45 malam dan tiket berharga RM95, RM110, RM170, RM200, RM250, RM300, RM350, RM450 dan RM500.

Manakala untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun, tiket berharga RM66.50, RM77,RM199,RM140,RM175,RM210, RM245, RM315 dan RM350

Laman web pembelian tiket : https;//www.ticket2u.com.my/