Terkini | New

Sambutan Ulangtahun Body Flasshh Yang Ke-2 Bersama 2 Duta Baharu Puteri Sarah Liyana Dan Siti Adira Suhaimi

Sambutan Ulangtahun Body Flasshh Yang Ke-2 Bersama 2 Duta Baharu Puteri Sarah Liyana Dan Siti Adira Suhaimi.



Sambutan Ulangtahun Body Flasshh Yang Ke-2 di JW Marriot, Kuala Lumpur bersama Body Flasshh yang terkenal dengan produk perlangsingan badan secara rasmi memperkenalkan duta baru mereka iaitu Puteri Sarah Liyana dan Adira Suhaimi sejurus menggantikan Bella Astillah sebagai duta sejak dua tahun lepas.



Majlis turut dihadiri stokis serta ejen. artis dan para media. Tetamu yang hadir selain daripada dapat menikmati hidangan hi-tea, mereka turut dihiburkan persembahan daripada artis yang dijemput iaitu  Datin Alyah dan  Cakra Khan yang bakal akan adakan konsert "A Decade" Live in Kuala Lumpur beliau di Plenary Hall KLCC Pada 20 Januari 2023 nanti.




Pemilihan Puteri Sarah dan Adira Suhaimi merupakan seorang ibu. Lazimnya wanita selepas melahirkan anak akan mengalami peningkatan berat badan dan mereka akan berhadapan dengan kesusahan dalam menurunkan berat badan. Oleh itu, Puteri Sarah selaku ibu kepada dua orang anak dan Adira selaku ibu anak empat adalah duta baru yang sesuai untuk produk terbaru ini.



Minuman Body Flasshh merupakan minuman berperisa yang sedap dalam bentuk serbuk. Formulasinya cukup hebat dengan gabungan khasiat daripada hoodia gordoni, white kidney bean dan garcinia cambogia. Sekiranya diamalkan secara konsisten ianya dapat membantu mengatasi masalah perut buncit dan juga dapat menurunkan berat badan dengan cara yang berkesan serta selamat.


“Saya bersyukur kepada Body Flasshh dan Puan Azlin kerana melantik saya sebagai duta. Ini ada lah rezeki buat saya. Body Flasshh ni saya dah minum dan saya sendiri Nampak hasilnya.” ujar Puteri Sarah Liyana yang telah dilantik menjadi duta kepada produk Body Flasshh Queen.




Adira turut berucap, “Saya mula minum produk Body Flasshh selepas pantang pada hari itu. Kira-kira 22kg telah berjaya turun. Selain itu, produk ini bukan sahaja fokus kepada perlangsingan badan. Produk ini juga untuk menambah tenaga. Oleh itu saya mengambilnya untuk mengembalikan tenaga ketika dalam pantang”. Produk Body Flassh yang saya suka minum ialah Body Flasshh Coffee Latte”, sambungnya ringkas dan sempat menyanyikan lagu duet bersama Cakra Khan.



Menurut Pengasas Puan Azlin Hilda Abdul Latif, sambutan ulangtahun ke 2 Body Flasshh kali ini agak sentimental mengenangkan beliau dan keluarga Body Flasshh baru sahaja kehilangan orang kuat yang bersama-sama menjayakan produk Body Flasshh sejak awal diperkenalkan. Namun dengan mengambil semangat yang ditinggalkan oleh arwah, pihak syarikat tetap meneruskan perancangan sambutan ulangtahun bagi meraikan stokis dan ejen yang begitu setia bersama mereka.


Produk Body Flasshh baharu iaitu Body Flasshh Drink Coffee Latte yang juga merupakan kegemaran Adira. Produk yang dipaparkan adalah siri minuman Body Flasshh Drink, Body Flasshh Queen, Body Flasshh Krim Sonata dan Body Flasshh DX kini boleh dinikmati dan di beli di ejen-ejen berhampiran anda.