Terkini | New

Tourism Selangor Menganjurkan Selangor International Travel Photography Festival Bagi Meraikan Penggemar Seni Dan Fotografi

Tourism Selangor Menganjurkan Selangor International Travel Photography Festival Bagi Meraikan Penggemar Seni Dan Fotografi.


Destinasi tumpuan pelancongan di negeri Selangor merupakan salah satu tarikan utama bagi jurugambar dan pencipta kandungan kreatif. Negeri Selangor, melalui agensi promosi pelancongan Tourism Selangor akan menganjurkan Selangor International Travel Photography Festival dari 12 hingga 13 November 2022, bertempat di UG Atrium, Paradigm Mall, Petaling Jaya.



Majlis turut berlansung meriah bersama-sama peserta yang turut menerima hadiah sempena sesi fotografi yang telah berlansung di Selangor bersama pameran gambar-gambar pilihan juri dan sesi Splendid Selangor Photo Hunt2022





Sebagai salah satu usaha bagi mempromosikan destinasi pelancongan domestik di negeri Selangor, Selangor International Travel Photography Festival pada tahun ini akan menampilkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan dan pameran fotografi, perbincangan dan pembentangan, persembahan kebudayaan, seminar dan banyak lagi.





Negeri Selangor telah berjaya menarik lebih 10.2 juta pelancong domestik ke negeri Selangor pada tahun 2021 dan menjadikan negeri Selangor sebagai negeri yang paling ramai dikunjungi di Malaysia.



Melalui kerjasama dengan pemain industri pelancongan utama, seperti Jumpstreet Asia, Selangor Fruit Valley, Hotel Eastin, Muzium Coklat, Jungle School Gombak dan Gamuda Land, Selangor International Travel photography Festival mampu meningkatkan lagi usaha mempromosikan pelancongan domestik negeri Selangor dengan lebih baik lagi.


Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah memenangi Photo Online Contest anjuran Tourism Selangor x PCP Publications bersempena dengan program Selangor International Travel Photography Festival untuk di bawa pulang.



Bagi sesi Splendid Selangor Photo Hunt2022 pula lebih dari 30 kumpulan telah melaksanakan visi bagi menghasilkan gambar-gambar menarik di sekitar Paradigm Mall. Tahniah kepada tempat pertama yang memenangi hadiah sehingga RM 1000 dan hadiah-hadiah lain yang menarik.





Semoga dengan penganjuran festival dan pertandingan ini, dapat merancakkan lagi sektor pelancongan selain memberi penghargaan kepada warga negeri Selangor yang sentiasa menyokong destinasi-destinasi menarik di negeri Selangor. Tahniah Selangor International Travel photography Festival!

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://selangor.travel/ atau laman Twitter, Facebook dan Instagram