Terkini | New

KOSERT AMAL ROCK HUJUNG BENUA ASIA 2022

KOSERT AMAL ROCK HUJUNG BENUA ASIA 2022 MENANTI SEMUA PEMINAT DI JOHOR


Persatuan Kebajikan Artis-artis Johor Bahru (The Legend) akan menganjurkan Konsert Amal Rock Hujung Benua Asia 2022. Konsert yang akan berlangsung pada 24 Disember 2022, di perkarangan tempat letak kereta Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian, Johor adalah kemuncak acara di dalam Pesta Air Pasang Besar Tanjung Piai 2022 yang disokong oleh Kementerian Pelancongan melalui Tourism Malaysia di bawah inisiatif Pelan Pemulihan Pelancongan 2022.



Konsert Amal Rock Hujung Benua Asia yang dihoskan oleh Persatuan Kebajikan Artis-artis Johor Bahru (The Legend) ini adalah bertujuan untuk membantu ahli-ahli persatuan yang sudah tidak aktif berkarya sambil mengumpulkan artis-artis lama dan baru dalam satu konsert. Konsert ini juga merupakan salah satu acara yang telah direncanakan untuk mempromosi Pesta Air Pasang Besar Tanjung Piai 2022.



Seramai 10 orang artis yang terdiri daripada Man Kidal, Kumpulan Kristal, Bandi Amuk, Ayai Ilusi, Wom UG14, Pat Candy, Halim Rockers, Ucop Ahmad, Kumpulan O-Two dan Kumpulan DNA Band akan membuat persembahan pada malam konsert itu berlangsung. 




Artis-artis ini akan menyampaikan lagu-lagu rock yang pernah dipopularkan oleh mereka dan artis-artis lain di bawah naungan persatuan sebagai tribute kepada mereka. Konsert ini akan diserikan dengan pertembungan petikan gitar antara Man Kidal, Rodi Kristal dan Pat Candy yang pastinya akan memukau para penonton.





Pihak penganjur telah menyediakan tiket-tiket yang berharga dari RM 55 hingga RM 200 bergantung kepada pakej-pakej menarik yang boleh di pilih oleh penonton. Selain daripada persembahan nyanyian, para penonton juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah yang akan diadakan di sepanjang acara ini berlangsung. Tiket-tiket boleh didapati di Ticket2U atau melalui talian hotline konsert 016 3625 786 dan 016 2585 786.