Terkini | New

#ANEWBREEDOFTRAVELLER PEMBUKAAN RASMI ANBOTSTORE

#ANEWBREEDOFTRAVELLER PEMBUKAAN RASMI ANBOTSTORE


ANBOTSTORE telah membuka cawangan baru di Sunway Gandaria , Bangi dan telah mula beroperasi secara rasmi pada 31 Ogos 2022. Ketika pembukaan rasmi pada 10 September , pelbagai aktiviti menarik berlangsung seperti Bedazzle Your Kanken , cabutan bertuah dan promosi besar - besaran dalam tempoh 12 jam tersebut.


ANBOT merupakan singkatan bagi ' A New Breed of Traveller ' yang menonjolkan keistimewaan kedai pembekal peralatan perkhemahan ini dalam memberi pengalaman baru kepada golongan penggemar aktiviti mengembara dan sukan ekstrim .


Pemilik ANBOTSTORE ialah seorang pengusaha lokal berasal dari Machang , Kelantan yang bernama Hanis Bakeri . Hanis , 37 tahun , mempunyai pengalaman dalam bidang rekreasi terbuka ( outdoor recreation ) selama 15 tahun . Hanis pernah menetap di New Zealand selama 7 tahun dan bekerja sebagai malim gunung ( mountain guide ) dan pelatih peluncur salji ( snowboard coach ) yang bertanggungjawab membimbing para pendaki dalam aktiviti di pelbagai lokasi .


Pada awalnya , Hanis menjalankan perniagaan dengan menjual peralatan terpakai melalui jualan but kereta ( car - boot sale ) di bawah naungan Outdoor Garage Malaysia dan My Adventure Haus . Seterusnya , pada tahun 2016 , perniagaan tersebut dijenamakan kepada ANBOTSTORE melalui pembukaan cawangan pertama di Puchong . 

ANBOTSTORE merupakan titik peralihan daripada konsep perniagaan sebelum ini yang hanya menjual peralatan terpakai kepada peralatan baharu dengan jaminan kualiti . ANBOTSTORE juga terkenal sebagai pakar peralatan perkhemahan .


Antara jenama terkenal dibawah ANBOTSTORE adalah Naturehike , Fjallraven , Keen , Vidalido dan banyak lagi . ANBOTSTORE juga mempunyai jenama sendiri iaitu RAGA dan Setia Sekopi . Antara tujuan utama perniagaan perkhemahan ini terdorong daripada minat mendalam Hanis terhadap budaya , gaya hidup serta komuniti yang terlibat dalam aktiviti perkhemahan itu sendiri . Hanis juga ingin memberikan inspirasi kepada peminat sukan & rekreasi terbuka dengan menggunakan kepakaran dan pengalaman beliau .


Untuk maklumat lebih terperinci berkenaan ANBOTSTORE , anda boleh melayari akaun media sosial ANBOTSTORE seperti Instagram , TikTok , Twitter , dan Facebook ( anbotstore ) . Laman sesawang rasmi www.anbotstore.com juga boleh dilayari untuk maklumat lanjut.