Terkini | New

Sambutan Tahun Baru Cina Multimedia Dan Sumbangan Kelab Rekreasi Tentera Udara Setelah Kejayaan Air Force THe Movie

Sambutan Tahun Baru Cina Multimedia Dan Sumbangan Kelab Rekreasi Tentera Udara Setelah Kejayaan Air Force THe Movie.

Tahniah kepada Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang berjaya memperoleh kutipan Box Office sebanyak RM31 juta dan bersama-sama meraikan Multimedia Chinese New Year Celebration and Appreciation Dinner. Turut serta bersama meraikan majlis adalah pihak pengurusan dan kakitangan Multimedia, rakan kongsi, penaja-penaja, pengarah, kru, artis dan artis.



Pihak Multimedia terus berjuang untuk mengharungi pandemik dan pada 2022, Multimedia telah menayangkan lima filem dengan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya memperoleh kutipan Box Office sebanyak RM31 juta dan turut memenangi 3 anugerah di Festival Filem Malaysia Ke-32.


Bagi menghargai jasa dan pengorbanan wira-wira negara serta kerjasama mereka dalam menjayakan Air Force The Movie turut memberi sumbangan RM150,000 daripada kutipan Box Office filem kepada Kelab Rekreasi Tentera Udara. Penghargaan turut diberikan kepada rakan kongsi Multimedia iaitu GSC, Astro, Six Fun dan FX Hammer dan TUDM.

Pencapaian ini membakar semangat Multimedia untuk terus menerbit filem berkualiti, bukan sahaja untuk menarik minat penonton, bahkan meningkatkan imej industri perfileman negara, sekaligus melonjakkan reputasi Multimedia sebagai sebuah produksi yang berdaya saing, kreatif dan maju. Multimedia sudah merancang untuk mengeluarkan 8 filem besar yang bertemakan kedaulatan negara bertujuan mendidik rakyat cinta akan negara, menghargai jasa dan pengorbanan wira-wira negara.



Multimedia telah menerima perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menghasilkan filem Bomba The Movie: Legasi yang mengisahkan perjuangan anggota bomba dan penyelamat. Filem ini sedang dalam pembikinan dan dijangka ditayangkan pada tahun ini. Selain Bomba The Movie: Legasi, Multimedia juga akan menghasilkan filem mengisahkan tragedi hitam Lahad Datu, Sabah yang mana 12 perwira negara kita gugur ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada serangan pengganas.



Jasa dan bakti anggota keselamatan negara yang tidak ternilai ini sentiasa disanjung dan dikenang. Turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota angkatan tentera, polis dan bomba yang hadir di majlis ini di atas panduan dan tunjuk ajar dalam membantu.



Memasuki 2023, Multimedia berazam untuk menghasilkan filem-filem berkualiti dan mempunyai semangat patriotik, kekeluargaan dan kejayaan kehidupan. Antaranya filem kepolisan War On Terror dan sebuah karya mengenai perjuangan anggota bomba, Bomba The Movie: Legasi.


Sempena Tahun Baru Cina, Multimedia bersama Astro mengeluarkan album Tahun Baru Cina Wang Tu Gold dan juga menerbitkan filem Ma I Love You yang boleh ditonton di pawagam mulai 22 Januari ini. Ma I Love You mengajar kita agar sentiasa mengasihi pengorbanan dan komitmen ibu bapa, dengan slogan filem ini “Show your true love, Papa Mama I Love You”.


Tiada ulasan

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)