Terkini | New

MAJLIS "BCF LEAD AWARD 2022" Meraikan Penerima Anugerah BY CHEFIZA Bersama Duta Baharu UMMI NAZEERA

MAJLIS "BCF LEAD AWARD 2022" Meraikan Penerima Anugerah BY CHEFIZA Bersama Duta Baharu UMMI NAZEERA


Tahniah kepada semua menerima anugerah dalam MAJLIS "BCF LEAD AWARD 2022" bertempat di GlamHall Damansara yang berlansung dengan meriah dan gilang-gemilang. BY CHEFIZA SDN BHD diasaskan oleh Che Nurul Hafizah binti Che Zulkifli yang lebih dikenali sebagai Puan Chefiza dan suaminya, Muhammad Fitri Abdul Razak selaku pengasas bersama. Syarikat ini ditubuhkan pada 14 Jun 2019 yang berpusat di Kelantan. By Chefiza Sdn Bhd merupakan pengeluar produk busana muslimah dengan jenama By Chefiza atau lebih dikenali dengan nama BCF.



Pada awal penubuhan syarikat, jenama BCF telah menjual lebih dari sejuta helai anak tudung yang ketika itu dikenali “Snowcap Berhantu”. Hasil dari permintaan yang tinggi inilah BCF komited dalam pengeluaran busana muslimah terutamanya produk tudung yang mampu milik, selesa dipakai serta patuh syariah.




Bermula dengan hanya 10 orang pekerja sahaja di awal penubuhan, kini BCF telah mempunyai kilang pengeluaran sendiri dan memiliki lebih 60 pekerja. Memiliki 17 cawangan dan hampir 11,000 ejen di seluruh negara, kini BCF telah mempunyai 17 ‘SKU’ produk dari tudung, stokin, sarung lengan, sarung leher wanita dan juga anak tudung.


BCF LEAD AWARD 2022 adalah majlis penganugerahan kepada kesemua Leader, Stokis dan Ejen yang telah mencapai jualan tertinggi sepanjang tahun 2022. BCF LEAD AWARD adalah majlis tahunan yang akan dibuat oleh BCF dan julung kalinya majlis ini diadakan di luar Kelantan. 



Terdapat 3 objektif utama yang ingin dicapai melalui penganjuran majlis ini iaitu, memberikan penghargaan kepada ahli keluarga BCF yang telah mencapai jualan yang sangat luar biasa. Kedua, memperkenalkan kempen pemasaran terbaru dari BCF iaitu “Go to Market Strategy”. Ketiga, melancarkan produk terbaru keluaran BCF.


Selari dengan pelantikan Duta Rasmi jenama BCF iaitu UMMI NAZEERA, segala objektif yang ingin dicapai ini adalah inisiatif BCF dalam membantu mereka untuk lebih mudah menjual produk-produk keluaran BCF. Cabaran tahun 2023 bakal dilalui bersama-sama dan pihak BCF sangat komited dengan pelan pemasaran dan perniagaan yang kompeten agar produk BCF sentiasa berdaya saing.



Pihak BCF akan terus komited melakukan pembangunan dan penyelidikan terhadap fabrik yang digunakan. ULTRA SENMECH merupakan teknologi terkini produk BCF, memberikan keselesaan serta berteknologi. Justeru, BCF bermatlamat menjadi syarikat busana muslimah yang berteknologi, berinovasi dan sentiasa mendapat tempat di hati pengguna.


Sebanyak 4 kategori anugerah yang telah diberikan kepada semua leader, agen dan stokis yang mencapai sasaran jualan antaranya kategori BCF LEAD AWARD 2022 “LOYALTY AWARD, BCF LEAD AWARS 2022 “RISING STAR”AWARD, BCF LEAD AWARD 2022 “TRANFORMATIONAL LEADER” AWARD, BCF LEAD AWARD 2022 “EXTRAORDINARY PERFORMANCE & HIGHER GROWTH AWARD”. Para pemenang bukan sahaja diberikan sijil penghargaan dan piala bahkan dihadiahkan barangan kemas. Turut hadir Datuk Faridah Hanim, para kenamaan dan Erni Zakri yang menyanyikan lagu bagi bersama-sama memeriahkan majlis.





Majlis turut melancarkan produk terbaru dari BCF iaitu BAWAL SOUK bersama kod katalog digital bagi memudahkan para pelanggan melihat sendiri produk-produk BCF yang berada di pasaran. 

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sosial media untuk sebarang maklumat dan pembelian.