Terkini | New

Konsert Berita Gempa Kembali bersama selepas 12 tahun

Konsert Berita Gempa Kembali bersama selepas 12 tahun.


Sweet Charity, antara kumpulan rock ikonik rantau ini bakal kembali beraksi dalam Konsert Berita Gempa yang dinantinantikan di Arena MBJB, Johor Bahru pada 29 Julai 2023.


Konsert ini meraikan kemunculan semula setelah 12 tahun sejak kali terakhir Sweet Charity beraksi bersama di atas pentas. Peminat bakal disajikan dengan lagu-lagu klasik popular kumpulan itu, termasuk 'Kamelia', 'Teratai', 'Sejuta Wajah' dan banyak lagi. Ianya menjanjikan perjalanan nostalgia mengimbau kenangan buat peminat setia mereka dan peluang menikmati muzik mereka secara langsung buat peminat baharu.


Datuk Ramli Sarip, Rahman Sarbani, Rosli Mohalim and Ahmad Jaafar bakal kembali dengan bertenaga, menjanjikan persembahan yang cukup unik dan menggegarkan sekali lagi buat industri muzik tanah air. Tanda kalendar anda dan bersedia untuk dipukau oleh aksi hebat Sweet Charity yang pasti menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan.



Megatix Malaysia dengan bangganya membawakan kepada anda Konsert Berita Gempa selaku penganjur utama dan ejen tiket rasmi dengan kerjasama promoter, Lampuneon.



Maklumat lanjut mengenai konsert, jelajah dan jualan tiket bakal dimaklumkan kelak. Bersedia untuk saksikan persembahan menggegarkan yang anda tidak akan lupa.

Tarikh : 29 Julai, 2023
Tempat : Arena Larkin, Johor Bahru
Laman Web Tiket : beritagempa.live
E-mel : beritagempa@megatix.my



Nantikan pengumuman daripada Megatix Malaysia dan Lampuneon mengenai maklumat lanjut tentang konsert, jelajahdan jualan tiket.