Terkini | New

Majlis Pelancaran Aplikasi DynaDNA Dan Bagi Menguasai Kesihatan Menggunakan ' DNA MAPPING '.

Majlis Pelancaran Aplikasi DynaDNA Dan Bagi Menguasai Kesihatan Menggunakan ' DNA MAPPING '

Membenarkan DNA Anda Bersuara dengan DynaDNA dan Dyna App.


Dyna Medical ingin mengumumkan pelancaran DynaDNA sebagai pembekal 'microarray technology DNA test kits', serta Aplikasi Dyna App, platform dalam talian bebas yang merupakan gerbang kepada peningkatan maklumat dan kesihatan menyeluruh. Majlis pelancaran yang diadakan di KL Wellness City Gallery dihadiri oleh ahli media , pempengaruh media sosial , serta tetamu dari bidang korporat dan medikal . Turut hadir adalah pempengaruh media sosial gaya hidup Iman Azman dan pakar produk medikal Dr Hans Jeffry , untuk berkongsi tentang kepentingan menguasai kesihatan sendiri menerusi DNA.



En . Martin Low Wink Keng , Pengarah Urusan Dyna Medical , memperkenalkan DynaDNA sebagai pembekal perkhidmatan terbaru yang membolehkan rakyat Malaysia mendapat maklumat kesihatan diri yang terkini dan paling tepat.


Dengan hanya sampel air liur , lebih dari 500 ujian genetik boleh dijalankan dengan tepat , mejanakan keputusan untuk lebih dari 150 sifat genetik merentasi 10 profil berlainan , termasuk untuk kesihatan jantung dan vaskular , penyakit genetik , keadaan otak , serta alahan dan sensitiviti makanan.



En . Martin turut menerangkan kebaikan Dyna App , platform berintegrasi yang membenarkan pengguna melihat keputusan kit ujian DNA mereka dengan segera dan mudah. App ini membolehkan pengguna membuat janji temu dengan pakar kesihatan yang berkelayakan di bawah rangkaian sokongan DynaDNA untuk menyemak keputusan ujian , atau merancang langkah seterusnya . Pengguna juga boleh membeli produk kesihatan menerusi perkhidmatan e - dagang app tersebut.



Rancangan masa depan untuk app termasuk memberikan akses kepada pelbagai perkhidmatan gaya hidup , termasuk rawatan spa dan ial ' , serta pakej pelancongan kepada ' wellness retreat ' yang terkenal. 




Dengan menyediakan produk dan perkhidmatan ini , Dyna App tekad untuk memahami dan menangani segala keperluan para pengguna , dan menolong mereka mencapai gaya hidup yang sihat dan holistik. En . Martin turut berkata , memudahkan akses kepada kit ujian DNA akan membolehkan para individu untuk membuat keputusan yang lebih menyeluruh tentang kesihatan dan kesejahteraan diri.



Beliau memberikan contoh mereka yang risau tentang kemungkinan mengidap penyakit genetik seperti thalasemia . Mengambil ujian DNA akan memberi kesedaran terhadap risko menurunkan penyakit tersebut dan membolehkan persediaan yang sepatutnya atau pengubahan gaya hidup yang sesuai.



Antara produk-produk kesihatan yang anda boleh miliki dengan melawati laman web https://dynamedical.com.my/





Niat tekad Dyna Medical untuk menangani segala keperluan masyarakat kesihatan telah membawanya kepada perkongsian bersama KL Wellness City bagi pelancaran DynaDNA dan Dyna App. 



Sebagai pusat kesihatan 360 darjah pertama di Asia Tenggara , KL Wellness City merupakan bandar penuh integrasi yang dibina menurut konsep rawatan medikal , kesihatan , kesejahteraan dan kecergasan , dan mementingkan pengetahuan kesihatan diri .

Untuk maklumat lebih anda boleh layari www.dynamedical.com.my



Mengenai Dyna Source Sdn Bhd ( 1119002 - H )

DynaDNA memenangi anugerah Kit Ujian DNA Keluarga Yang Terbaik di Parents ' Choice Award 2023 .

Ditubuhkan pada tahun 2014 , Dyna Medical merupakan syarikat Malaysia yang berdedikasi terhadap kecemerlangan kesihatan dan kecantikan , dan bertujuan untuk membawa barangan " Buatan Malaysia " ke negara Asia lain menjelang tahun 2024 untuk memenuhi keperluan global . 

Falsafah kami boleh dilihat dalam pendekatan kami terhadap peningkatan kualiti kehidupan , sebagaimana aspirasi pengasas kami untuk meningkatkan dan mendidik orang - orang sekeliling untuk hidup dengan bahagia dan sihat secara menyeluruh . Pengasas kami percaya walaupun tidak semua boleh sempurna , tetapi anda boleh memilih untuk memperoleh kesihatan dalaman , sambil menayangkan kecantikan luaran.