Terkini | New

Majlis Pelancaran Butik Busana Baju Melayu Jenama Elrah Exclusive Di Shoppes At Four Seasons Place

Majlis Pelancaran Butik Busana Baju Melayu Jenama Elrah Exclusive Di Shoppes At Four Seasons Place


Majlis perasmian butik mewah busana baju melayu jenama ELRAH EXCLUSIVE di rasmikan oleh Tn. El azman pengasas Elrah Exclusive serta Duta rasmi jenama Sharnaaz ahmad dan Beto kusyairi bertempat di ‘Shoppes at four seasons Place’ jalan ampang, Kuala Lumpur.



Pelancaran outlet ini juga akan membuka tirai kemeriahan koleksi baju melayu bagi sambutan
Aidilfitri 2024. Bertapak lebih sedekad di pasaran Malaysia dan Thailand, tahun 2024 bakal menyaksikan lebih dari 100 warna pilihan yang akan ditawarkan kepada para pelanggan Elrah Exclusive. Rekaan Elrah exclusive yang terkenal dengan potongan segak Bersama butang unik dan aksesori lainnya bakal tampil lebih mewah dari segi kemasannya di koleksi raya 2024 ini.



Koleksi baju melayu Elrah 2024 ini menggunakan bahan ‘abloh crepe’ berkualiti tinggi, menawarkan kekentalan elegan dengan struktur yang sempurna apabila dipakai. Antara koleksi pakaian yang dijual seperti Baju melayu ultimate 2.0, Baju melayu luxe teluk belanga, Kurta klasik eksklusif, Jubah eksklusif, Koleksi kanak-kanak dan Sampin elrah.



Saiz yang ditawarkan bermula dari XXS hingga XXL. Harga bagi sepasang baju melayu Elrah bermula dari rm99 sehingga ke rm199. Ciri-ciri istimewa pada rekaan baju melayu Elrah adalah seperti potongan slim fit dengan zip sisi kiri paduan tradisi dan tren, mencipta penampilan yang menawan dan aksesori ekslusif percuma seperti pin rantai logo, butang octagon, sapu tangan percuma serta kotak ekslusif.




Lokasi ini dipilih kerana ia berada di tengah ibu kota dan sekaligus dilihat sebagai lokasi yang paling strategik dan premium di dalam Four Seasons Place. Mengambil kira jumlah trafik dan tumpuan pembeli yang banyak, maka lokasi ini akan memudahkan pelanggan untuk mencari keperluan baju melayu di tengah kota.




Butik ini mensasarkan golongan yang ingin merasakan suasana yang selesa dan mewah untuk pelanggan setia elrah exclusive dengan harga yang mampu milik. Untuk maklumat lanjut sila layari laman sosial media Elrah Raya.