Terkini | New

Pelancaran Preview Buffet Ramadan 2024 Restoran Rebung Chef Ismail bertemakan " Ceq Lapaq Nasik lah! "

Pelancaran Preview Buffet Ramadan 2024 Restoran Rebung Chef Ismail bertemakan " Ceq Lapaq Nasik lah! "


Restoran Rebung Dato Chef Ismail bertemakan kami untuk tahun 2024 ini adalah "Ceq Lapaq Nasik lah!". Untuk tema ini, menampilkan 5 jenis hidangan nasi yang popular di Malaysia dan jarang ditemui antaranya Nasi Lemuni, Nasi Daging , Nasi Ikan , Nasi Ulam dan Nasi Kerabu. 






Setiap jenis hidangan nasi ini, didatangkan dengan set yang merangkumi lauk utama dan lauk sampingan yang dimakan bersama nasi-nasi tersebut. Disamping itu, hidangan- hidangan lauk pauk lain juga ada disediakan beserta aneka kuih muih dan manisan sebagai pemanis mulut. Sambil pelanggan menjamu selera, pelanggan akan dihiburkan dengan persembahan ghazal dari kumpulan Orkes Melayu Rojer.








Kemudahan-Kemudahan yang terdapat di Restoran Rebung.

Ruang makan yang mampu menampung kapasiti sehingga 450 orang pada satu masa . mengikut Terdapat juga bilik-bilik seperti Orange Room untuk 10-12 orang, Blue Room berkapasiti 15-18 orang, Red Room berkapasiti 60-80 orang , Green Room berkapasiti 90-110 orang , Stage Area berkapasiti 110-130 orang , Yellow Room berkapasiti 45 orang manakala Anjung boleh menampung sehingga 60-80 orang.

Ruang Solat (Surau) lelaki dan perempuan yang mampu menampung sehingga 20 orang pada satu masa. Kemudahan Lift dan juga kawasan Restoran yang mesra OKU. Selain itu , parking kereta awam disediakan sebanyak 460 buah kereta pada kadar RM 4.40 (termasuk 6 % sst) sekali masuk.




Perkhidmatan Katering dan Majlis Tertutup. Kami juga menyediakan perkhidmatan sewaan bilik dan katering samada di restoran kami, kediaman anda ataupun di pejabat. Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa di tempat anda, anda boleh menghubungi pihak Katering kami untuk membuat tempahan. Selain itu, bagi mereka yang ingin mengadakan majlis tertutup (private function) samada Majlis Bertunang, Majlis Perkahwinan, Majlis Hari Lahir, Majlis Persaraan, Majlis Berbuka Puasa atau Majlis Rumah Terbuka di Restoran Rebung, anda boleh menghubungi pihak restoran.


Pakej Bufet Ramadhan Restoran Rebung, KL 2024 akan berlangsung sepanjang tempoh bulan Ramadan , bermula dari 12 Mac hingga 8 April 2024.

Harga Bufet Ramadhan 2024
Dewasa : RM 99 nett
Kanak - kanak : RM 69 nett ( umur 5-12 tahun )

Berikut merupakan sedikit maklumat mengenai tempahan berbuka puasa di Restoran Rebung :

Alamat : 5-2 , Aras 5 , Parkir Bertingkat Bukit Aman , No. 1 , Jalan Tanglin , Taman Botani Perdana , 50480 , Kuala Lumpur.
Tempahan : +6 03 2276 3535
Email : restoranrebungchefismail@gmail.com : Facebook : Restoran Rebung Chef Ismail
Instagram: rebung_taman_botani
Tiktok: restoranrebung