Terkini | New

Mydin Lancar Kempen Kasih Sayang Ibu Dan Si Manja 2024

Komited Bantu Ringan Isu Kos Sara Hidup, Mydin Lancar Kempen Kasih Sayang Ibu Dan Si Manja 2024 Di Bawah Program Jualan Ihsan Rahmah (PJIR).


Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) dengan kerjasama KPDN pada hari ini melancarkan Kempen Kasih Sayang Ibu dan Si Manja 2024 di bawah Program Jualan Ihsan RAHMAH (PJIR) yang telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), YB Datuk Armizan Mohd Ali di MYDIN Subang Jaya.



Kempen ini merupakan komitmen MYDIN bagi menyokong usaha KPDN bagi meringankan kos perbelanjaan golongan ibu bapa dan penjaga dengan menawarkan diskaun, rebat dan hadiah percuma dengan jumlah keseluruhan bernilai RM800,000 yang melibatkan barangan bayi dan kanak-kanak yang dari jenama terlibat.




Kempen ini turut mendapat kerjasama rakan-rakan pembekal MYDIN iaitu Abbott, Carrie Junior, Diapex, Dryfirst, Drypers, Dugro, Farm Fresh, Fernleaf, Gnubkins, Huggies, Johnson & Johnson, Milna, Molfix, Nestle dan Pureen. Antara penjimatan barangan termasuk susu tepung, lampin pakai buang, set pakaian bayi dan kanak-kanak, kereta sorong bayi dan pelbagai lagi.


Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, “ MYDIN menerima permintaan daripada pelanggan setia kami khususnya golongan ibu bapa bagi meneruskan kempen penjimatan seumpama ini. MYDIN juga sedia maklum cabaran semasa masyarakat terutamanya pasca sambutan Aidilfitri dan pembukaan persekolahan. Justeru itu, kami berharap masyarakat khususnya golongan ibu bapa mengambil kesempatan mengatur perbelanjaan dengan tawaran sepanjang kempen ini berlangsung”.





Kempen ini berlangsung sehingga 30 Mei 2024. Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial atau laman sesawang
rasmi MYDIN Malaysia di https://mydin.my/