Terkini | New

Penyerahan Mock Cheque RM10,000 Ribu Datin Lina ( IsNet ) Kepada Datuk Khaty Sempena "Makan Malam Amal LEGENDS" Pada 2 Jun 2024.

Penyerahan Mock Cheque RM10,000 Ribu Datin Lina ( IsNet )  Kepada Datuk Khaty Sempena "Makan Malam Amal LEGENDS" Pada 2 Jun 2024.


Sidang Media LEGENDS sempena Majlis Raya Aidilfitri Iscada Net ( ISNet ) berlansung bagi penyerahan sumbangan Mock Cheque RM 10,000 Ribu demi menghargai artis yang kurang bernasib baik. Sewaktu majlis rumah terbuka turut hadir adalah Farah Nabilah, Khai Bahar dan Pengunjung Majlis Raya Aidilfitri Iscada Net ( ISNet ) di Kota Damansara.

Sumbangan daripada Datin Lina ( IsNet ) terpanggil membantu karyawan yang membesar lagu-lagu mereka. Berharap dapat menyumbang pada masa akan datang lagi bersama-sama badan-badan koporat yang lain.




Program makan malam ‘Legends’ akan diadakan pada 2 Jun 2024 (Ahad), 8:00 hingga 11:00 malam, bertempat di Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur. Program makan malam ‘Legends’ akan dihiburkan oleh 4 penyanyi legend tanahair seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Datuk Awie, dan Rahimah Rahim. Datuk Khatijah Ibrahim salah seorang 'legends' yang akan membuat persembahan pada malam tersebut berkata tujuan malam amal untuk membantu rakan-rakan seperjuangan.




Persatuan Karyawan Malaysia sebuah organisasi yang mewakili para penggiat seni tempatan membuat kutipan amal yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi tabung Persatuan. Dato Freddie Fernandes mengalu-alukan Penaja ke majlis Makan Malam Legends. 

kami berharap untuk mendapat sokongan dari individu atau syarikat yang berminat untuk sama-sama menjayaan majlis gilang-gemilang yang bakal diadakan melalui format pembelian meja tajaan sebagaimana berikut :

1. Penaja Meja Berlian - RM 100,000
2. Penaja Meja Platinum - RM 50,000
3. Penaja Meja Emas - RM 10,000
4. Penaja Meja Perak - RM 5,000
5. Meja Biasa – RM 3,000, RM 2,000


Hasil kutipan ini bakal digunakan untuk membiayai beberapa perkara seperti membantu para penggiat seni veteran yang berada didalam keadaan uzur dan juga yang hilang upaya. 

Saksikan sendiri 4 Legends negara, bergabung pada makan malam amal ini nanti