Majlis Pecah Tanah Pembangunan Surau Al Jannah S23, Shah Alam Selangor.
Majlis Pecah Tanah Pembangunan Surau Al Jannah S23, Shah Alam Selangor.
Surau Al Jannah mula beroperasi pada tahun 2006 dan telah menjadi pusat ibadah dan komuniti yang utama, bukan sahaja kepada penduduk Fasa 1 dan 2, malah terus berkembang sejajar dengan pertambahan penduduk Fasa 3 dan 4.


Majlis Pecah Tanah Pembangunan Surau Al Jannah S23, Shah Alam Selangor oleh Y.A.D. Dato' Haji Emran Bin Haji Kadir Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Petaling, Orang Besar Daerah Petaling. Turut hadir ajk surau, kontraktor, para penyumbang beserta simbolik pecah tanah dan penyerahan 'Mock- Up Cheque".

Pada masa ini, Surau ini menampung lebih 700 jemaah pada satu masa, melebihi kapasiti asalnya dan ini memaksa pihak surau menambah khemah sebagai ruang solat tambahan.



Surau Al-Jannah telah diberi kebenaran untuk mengadakan solat Jumaat sejak Ogos 2014. Dengan anggaran 90% daripada 681 unit rumah di Seksyen 23 dihuni oleh kaum Muslim serta kehadiran jemaah dari luar kawasan semasa solat Jumaat, kini sudah tiba masanya untuk surau ini dinaik taraf kepada sebuah bangunan yang lebih lengkap, tersusun dan berfungsi sebagai pusat ilmu dan ibadah yang rasmi.




Pada tahun 2018 telah tercetusnya cadangan daripada AJK untuk membina surau baharu bagi menampung limpahan jemaah ketika solat jumaat.



Maka bermulalah gerak kerja dari Ahli Jawatankuasa yang dibentuk sehinggalah ke hari ini. Untuk dana Pembangunan ini masih berkurangan sebanyak RM 3 Juta dari kos keseluruhan sebanyak RM 6.2 juta.


Bagi menampung kos ini, kami mendapat kebenaran kepada Perbadanan Wakaf Selangor agar dapat mengutip dana wakaf secara rasmi di samping memberikan manfaat pelepasan cukai kepada para pewakaf.

Turut mengalu-alukan individu dan syarikat yang berhasrat untuk wakaf surau dan menambah saham akhirat berikut adalah akaun Pembangunan Surau Al Jannah.

Maybank : 5622 7263 5408
Cimb : 8600 55 7986
Untuk maklumat lanjut maklumat melalui boleh hubungi Surau Al Jannah.