Dato' Khatijah Ibrahim Lancarkan Hidangan Menu High-tea Pertama Di Laman Dayung Kafe
Dato' Khatijah Ibrahim Lancarkan Hidangan Menu High-tea Pertama Di Laman Dayung Kafe
Laman Dayung Kafe yang terletak di Kuang, Sungai Buloh salah satu kawasan yang tenang dan nyaman ini sebenarnya mempunyai sejarah yang menarik. Nama "Dayung" diambil daripada album almarhum Dr. Wan Zawawi Ibrahim, suami kepada pemilik, yang dilancarkan pada tahun 1996.
_copy_768x1364.jpg)
Konsep Dayung ini mencerminkan falsafah hidup yang santai dan menghargai alam semula jadi, di mana kehidupan seharusnya dinikmati dengan perlahan sambil merenung keindahan persekitaran.


Antara kejutan manis menanti para pencinta makanan tradisional apabila Dato' Khatijah Ibrahim melancarkan menu hidangan high-tea pertama mereka di Laman Dayung Cafe.



Dalam masa tiga hingga empat hari sahaja selepas kafe tersebut siap, Kak Nosyar dan kumpulannya telah berjaya mengaturkan jamuan istimewa ini yang menawarkan pelbagai hidangan kegemaran termasuk laksa Johor, tauhu telur, cokodok pisang, cucur bilis dan menu-menu lain yang menjadi trademark mereka.



Harga high-tea ditetapkan pada RM50 untuk dewasa manakala kanak-kanak menikmati hidangan percuma, menjadikannya pilihan yang berpatutan untuk keluarga.


.jpg)
Antara hidangan signature yang menjadi kebanggaan Dato' Khaty ialah laksa Johor, nasi lemak basmati kukus, ayam kapitan dan pelbagai sos buatan sendiri yang kini dijual dalam bentuk paste untuk memudahkan pelanggan menikmati rasa yang sama di rumah.




Kak Nosyar turut merancang untuk memperkenalkan menu western dan buffet Ramadan pada masa akan datang, dengan rancangan menggunakan kawasan lapang yang luas untuk acara-acara berskala besar.


Tanah seluas 2 ekar ini telah dibeli sejak tahun 1990, bermula sebagai dusun dengan pokok-pokok durian dan rambutan, sebelum rumah pertama dibina pada tahun 2010 dan rumah kedua pada 2017-2018. Tempat yang sebelum ini digunakan sebagai homestay dan lokasi penggambaran drama Melayu ini kini beroperasi sebagai kafe setiap hari kecuali hari Rabu, dari jam 10.30 pagi hingga 11.00 malam.

_copy_768x432.jpg)


_copy_768x432.jpg)
Pelanggan yang ingin menikmati hidangan di sini perlu membuat tempahan terlebih dahulu kerana cafe ini beroperasi berdasarkan sistem booking sahaja.


Bagi mereka yang berminat untuk berkunjung, tempahan boleh dibuat melalui media sosial atau dengan menghubungi terus pihak pengurusan cafe.
DAYUNG GARDEN ART CAFE
Laman Dayung Lot 2111, Loromg Setia 4/1, Kuang Sungai Buloh.
Masakan Air Tangan Ibu / HI-TEA RESERVATION (Kak Noor) +0138095640
Facebook: Laman Dayung
Instagram: @lamandayung
Sos Ibu Facebook: Sos Ibu
Sos Ibu Instagram: @sos.ibu.official