Album Pertama BAHTERA Yang Bertajuk "AURA CINTAKU" Bukti Kesungguhan Dalam Mencapai Kejayaan
Album Pertama BAHTERA Yang Bertajuk "AURA CINTAKU" Bukti Kesungguhan Dalam Mencapai Kejayaan
Kumpulan Bahtera merupakan sebuah kumpulan baru yang diasaskan oleh Adie Bahtera iaitu merupakan Guitarist Utama bagi Kumpulan yang merupakan cetusan idea dari Syarikat Bahtera Muzik Studio yang merupakan anak Syarikat bagi Bahtera Samudera Sdn Bhd di bawah kelolaan Produser Mubin Md Nor.


Bahtera merupakan penjenamaan yang ingin diketengahkan oleh pihak Syarikat Bahtera Muzik Studio supaya ianya dikenali ramai pada suatu hari nanti dalam bidang rakaman lagu, pembikinan muzik video, penyusunan lagu dan lirik, perkhidmatan persembahan muzik, persembahan pentas dan lain-lain lagi.
_copy_768x432.jpg)
Pada tahun 2025, pihak Bahtera Muzik Studio telah berjaya mempunyai peralatan muzik, peralatan rakaman serta fasiliti studio muzik rakaman sendiri yang lengkap dalam menjalankan aktiviti rakaman lagu walaupun telah bermula dari 2009 lagi dari permulaan perubahan ahli dari tahun ke tahun kerana disebabkan komitmen dan kerjaya di dalam kalangan ahli-ahli band Bahtera.


Oleh yang demikian, pemiliknya iaitu adie bahtera serius berhasrat untuk merealisasikan impiannya dalam melahirkan sebuah album yang mengumpulkan karya-karya ciptaannya dari tahun 2009 sehingga 2025. Sehubungan dengan itu, Langkah bahtera menjadi lebih baik apabila mendapat suntikan dan disokong oleh dana kandungan kreatif (DKD) pada tahun 2024 dari Kementerian Komunikasi Malaysia yang dikelolakan oleh pihak My Creative Ventures Sdn. Bhd.


Album Bahtera ini diberi tajuk iaitu "Aura Cintaku" yang merupakan kuasa dalam merealisasikan cinta terhadap tuhan, menghargai kasih sayang sesama insan sama ada rakan, sahabat, teman , isteri, keluarga , anak-anak dan manusia itu sendiri.


Pada masa yang sama, Produser Mubin Md Nor ingin menyediakan 1 saluran baru pada pendengar-pendengar dan Masyarakat Malaysia dalam melahirkan band yang baru dalam Industri Muzik Malaysia di arus perdana dengan lebih serius di dalam penciptaan karya-karya muzik yang baru dan malar segar untuk didengari.

Album ini menampilkan 10 lagu nyanyian dari penyanyi utama bahtera iaitu Reyza dan 2 lagu instrumental yang menampilan permainan alat muzik yang rancak yang dimainkan oleh pemain drum (Amy), pemain gitar Bass (Karchik) dan Adie sebagai permain gitar utama. Karya-karya di dalam album ini telah dicipta dari tahun 2009 sehingga 2025. Pada tahun 2021, kerja-kerja rakaman lagu telah dimulakan secara beransur-ansur bagi menyiapkan susunan muzik terbaik.

Karya-karya ini merupakan ciptaan adie bahtera sendiri bersama produser Mubin Md Nor yang merupakan pengasas Kumpulan Bahtera ini sebanyak 7 lagu dan 3 lagu dari komposer ternama Omar K, Zimi Sofarz dan Iskandar Bujang. Album ini telah diadun oleh juruadun terkenal dari Sarawak iaitu Iskandar Bujang dan CI Toh sebagai Juruadun akhir bagi album ini.

Album ini juga telah menyiapkan 2 muzik video bagi lagu Bunuhan Cinta dan lagu rentan yang diterbitkan oleh Nonamefilmfactory di bawah produser Mv Elman Wafi dan pengarahnya Opie Zami.

Lagu Sarat Emosi & Kisah Kehidupan
Setiap lagu dalam Aura Cintaku membawa tema berbeza tetapi tetap berpusat pada cinta, kesetiaan, pengorbanan, dan kerohanian. Antaranya:
Firasat Jiwa – perjalanan hidup dari susah hingga berjaya.
Antara Cinta dan Kesetiaan – pentingnya kejujuran dalam rumah tangga.
Bunuhan Cinta – pengorbanan demi cinta sejati.
Rentan – pedih ditinggalkan kekasih.
Cinta Sejati – cinta yang kekal walau diuji badai.
Rekah – menerima perpisahan dengan reda.

Menurut produser Mubin Md Nor, album ini bukan sekadar hiburan tetapi juga sebuah manifestasi nilai kehidupan mengajar pendengar untuk menghargai kasih sayang, kesetiaan, kejujuran, pengorbanan serta rasa syukur kepada Tuhan.
Dengan susunan muzik segar dan mesej yang dekat di hati, Bahtera berharap Aura Cintaku akan membuka lembaran baru buat mereka dalam industri muzik Malaysia.