Fan Beauty Diary Rasmi Dilancarkan di Watsons Malaysia Dan Fan Bingbing Serikan Kuala Lumpur dengan Koleksi Masker Ikonik
Fan Beauty Diary Rasmi Dilancarkan di Watsons Malaysia Dan Fan Bingbing Serikan Kuala Lumpur dengan Koleksi Masker Ikonik

Jenama kecantikan terkemuka dari China, Fan Beauty Diary, kini rasmi memasuki pasaran Malaysia melalui rangkaian Watsons, sekali gus menandakan langkah besar dalam pengembangan globalnya. Pengasasnya, Fan Bingbing, yang digelar “Ratu Masker”, hadir memeriahkan majlis pelancaran bersama selebriti tempatan Dato’ Aaron Aziz dan Nazim Othman, mencetuskan keterujaan luar biasa dalam kalangan pencinta kecantikan.

Lebih bermakna, Fan turut bakal dianugerahkan gelaran berprestij Datuk oleh Kerajaan Negeri Melaka menjadikan beliau pelakon wanita pertama dari Tanah Besar China menerima penghormatan tersebut atas sumbangannya dalam sektor pelancongan.
Sebagai Duta Pelancongan Melaka 2024, kempen beliau berjaya melonjakkan kedatangan pelancong China sebanyak 224%, di samping mencatat rekod 1.5 bilion capaian digital di platform WeChat.

Antara produk unggulan yang kini boleh didapati di cawangan utama Watsons seperti TRX Mall dan Sunway Pyramid termasuk Seagrape Deep Hydrating Water Gel Mask, Acids Double Cleansing Clay Mask serta Dragon’s Blood Lentinus Fermentation Facial Treatment Mask. Watsons turut merancang memperluas penjualan ke 100 cawangan di seluruh negara.
Pelancaran ini mencipta rekod baharu sebagai jualan tertinggi dalam sehari bagi jenama kecantikan luar negara di Watsons Malaysia, dengan Seagrape Deep Hydrating Water Gel Mask habis terjual hanya dalam beberapa jam.


Rahsia Penjagaan Kulit Fan Bingbing di Iklim Tropika
Fan memukau peminat semasa sesi lawatannya ke Watsons TRX dengan peranan berganda sebagai pengasas dan Ketua Pegawai Pengalaman Fan Beauty Diary. Ratusan peminat sanggup menunggu berjam-jam untuk melihat selebriti itu, yang turut berkongsi rutin penjagaan kulit kegemarannya: “Cleanse-Hydrate-Repair”, diolah khas untuk cuaca lembap Asia Tenggara.
“Gabungan Seagrape Deep Hydrating Water Gel Mask bersama Acids Double Cleansing Clay Mask adalah rahsia saya untuk kulit seimbang dan berseri,” dedah Fan sekali gus mencetuskan fenomena membeli-belah. Hadirin menyifatkan sesi tersebut sebagai “peluang emas” untuk mempelajari rahsia kecantikan secara langsung daripada ikon global itu.

Bab Baharu dalam Dunia Kecantikan Global
Majlis perasmian turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Tourism Malaysia YBhg. Datuk (Dr.) Yasmin Binti Mahmood, Datuk Bandar Kuala Lumpur Dato’ Seri Maimunah Mohd Sharif, Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia merangkap Ketua Pegawai Operasi Health & Beauty Asia, A.S. Watson Group, serta Dato’ Aaron Aziz, Nazim Othman dan Encik Selwyn Chiu, Penolong Pengurus The Exchange TRX.
“Inovasi Fan Beauty Diary seiring dengan misi kami untuk mentakrif semula pengalaman membeli-belah kecantikan,” ujar Loh. Fan Bingbing pula menambah, “Kehangatan Malaysia membuat saya seolah-olah bertemu kembali dengan seorang sahabat lama. Harapan kami agar produk ini bersinar secerah mentari.”

Sempena pelancaran, beberapa cawangan Watsons turut ditransformasi menjadi ruang seni mempesona Pink Palace di Sunway Pyramid menampilkan patung Fan Bingbing bersaiz sebenar dengan Peony Youth Capture Brightening Mask, manakala pop-up bertema futuristik biru di TRX menonjolkan Seagrape Deep Hydrating Water Gel Mask dalam paparan gantung eksklusif.

Ditubuhkan pada tahun 2018 oleh bintang ternama Fan Bingbing, Fan Beauty Diary ialah jenama kosmetik dan penjagaan kulit yang menawarkan enam rangkaian produk dengan lebih 20 variasi baharu yang sedang dibangunkan.
Antara produk ikoniknya termasuk Seagrape Deep Hydrating Water Gel Mask, Peony Youth Capture Brightening Mask dan Peptides Anti-aging Face & Neck Mask, yang meraih pujian meluas serta pengiktirafan tertinggi daripada penerbitan kecantikan antarabangsa. Siri Sea Grape khususnya telah mendominasi platform e-dagang di China selama tiga tahun berturut-turut.

Selain kejayaannya sebagai pelakon, penerbit, usahawan dan ikon fesyen, Fan Bingbing turut diiktiraf sebagai duta global kecantikan China (Chinese Beauty). Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Fan Beauty Diary bekerjasama rapat dengan syarikat, pengilang dan pakar bertaraf dunia, menjalankan ujian ketat terhadap bahan serta memperhalusi formulasi melalui pelbagai peringkat.
Misi jenama ini adalah untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang selamat, berkesan, dan dikhususkan bagi kulit masyarakat Asia Timur tanpa sebarang kompromi terhadap kualiti.