Pasukan Malaysia Cemerlang Dengan Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa Di Marina Bay Sands Singapura
Pasukan Malaysia Cemerlang Dengan Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa Di Marina Bay Sands Singapura
Artis dan usahawan Malaysia bersinar di Pusat Konvensyen Marina Bay Sands, Singapura. Sebanyak 61 anugerah dipertandingkan dan majoriti dimenangi oleh usahawan Malaysia dalam Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa GILMS 2025 yang julung kali diadakan.

Global Institute of Leadership and Management Singapore (GILMS) merupakan salah satu institusi terkemuka dunia yang berdedikasi untuk mengangkat martabat individu ke tahap lebih tinggi serta memberi inspirasi untuk mencapai potensi sepenuhnya. Selaras dengan usaha memperkasakan usahawan, GILMS memperkenalkan Program Anugerah & Pengiktirafan Perniagaan GILMS, iaitu inisiatif untuk menghormati individu dan organisasi yang menyumbang secara luar biasa dalam bidang perniagaan, kesihatan, dan kepimpinan.

Tahun ini, sepuluh (10) negara menerima Excellence Award iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat, Kanada, Congo, Bangladesh, Qatar, China dan Australia.
Majlis ini meraikan kecemerlangan global merentasi lima kategori utama:
International Entrepreneur Excellence Award – Mengiktiraf tokoh dan pemimpin perniagaan yang menunjukkan inovasi, ketahanan serta keusahawanan cemerlang.
International Service Excellence Award – Menghargai organisasi/individu yang memberi sumbangan besar dalam komuniti di seluruh dunia.
International Outstanding Doctor’s Award – Mengiktiraf profesional perubatan atas sumbangan penting dalam kesihatan dan kesejahteraan.
International Special Honor Award – Diberikan kepada individu dengan kepimpinan luar biasa, usaha kemanusiaan atau sumbangan hebat di luar kebiasaan.
Global Honor Award – Pengiktirafan tertinggi kepada individu/organisasi yang berjaya memberi pengaruh, impak, dan legasi global.
Sorotan utama malam itu ialah penobatan Usahawan Global Lelaki & Wanita 2025, kedua-duanya dimenangi usahawan Malaysia.


YBhg. Dato’ Dr. Hjh. Zairita Azlin dinobatkan sebagai Global Business Woman Entrepreneur 2025, serta turut memenangi Prestige International Entrepreneur Excellence Award atas kepimpinan visionari dan komitmen mempromosikan jenama produk LnR.

.jpg)
Produk LnR juga merangkul International Service Excellence Award kerana kecemerlangan perkhidmatan dan kejayaan menembusi 8 pasaran antarabangsa dalam tahun pertama pelancaran.


Empat artis Malaysia menerima Global Honor Award:
Zul Ariffin – Charismatic Star of Distinction Award 2025, menghargai pencapaian cemerlang, bakat versatil dan aura lakonannya yang memikat penonton di Malaysia dan luar negara.

Dewi Liana Seriestha – Crown of Beauty, Culture and Talent Ambassador Award 2025, mengiktiraf kejayaan sebagai penyanyi, ratu cantik antarabangsa dan duta budaya Malaysia. Selain aktif di pentas WCOPA di Hollywood dan Miss World, Dewi juga giat melatih bakat muda serta mempromosikan budaya di pedalaman Sarawak.

Imran Azim Iskandar – Cultural Excellence in Global Performing Arts Award 2025, mengharumkan nama negara dengan pingat Emas, Perak & Gangsa di WCOPA serta menjadi wakil tunggal Malaysia dalam projek World Album, mempamerkan warisan muzik Malaysia melalui gabungan moden dan tradisional dengan biola.

Kumpulan Artis Tari UMS (ARTUMS) – Cultural Excellence in Global Performing Arts Award 2025, atas pencapaian mereka di WCOPA dan usaha aktif memartabatkan tarian budaya Sabah di peringkat dunia.


Tahniah juga diucapkan kepada LnR yang menaja perjalanan penerima anugerah ke Singapura. Produk mist rambut mewah halal ini dicipta oleh Dato’ Dr. Hjh. Zairita Azlin bersama pengasas bersama Ani Nuryuliantini, kini berkembang pesat di 8 negara.


Terima kasih kepada Ezcape Travel Tech Sdn. Bhd. atas kelancaran urusan logistik sepanjang ke Singapura, serta MOTAC dan JKKN yang tidak putus menyokong industri seni persembahan Malaysia sejak 2008.

"Kejayaan ini membuktikan kemampuan rakyat Malaysia bersaing di persada antarabangsa dengan pencapaian luar biasa delegasi Malaysia pada malam anugerah ini membuktikan bahawa negara kita bukan sahaja kaya dengan bakat, malah mempunyai daya saing bertaraf dunia, ujar Ketua delegasi Malaysia, Romli Bidin


Tidak dilupakan penghargaan kepada media yang sentiasa menyokong dan memberi kritikan membina, serta semua pihak yang membantu menjayakan kejayaan ini termasuk Pengarah Komunikasi, Tuan Haji Kamaluddin Kasim dan Pengarah Pembangunan Perniagaan, Nor Haily Maizura.
GILMS berharap anugerah ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan di masa depan.