Terkini | New

KAO Malaysia dan Universiti Malaya Bekerjasama Memperkasa Amalan Penjagaan Kesihatan Kulit Berasaskan Sains melalui Penyelidikan dan Penglibatan Komuniti

KAO Malaysia dan Universiti Malaya Bekerjasama Memperkasa Amalan Penjagaan Kesihatan Kulit Berasaskan Sains melalui Penyelidikan dan Penglibatan Komuniti

MoU Mewakili Kerjasama Akademik Pertama KAO di Malaysia Berikutan Kempen "Skin Protection, Life Perfection " Bioré, dengan Komitmen Sumbangan Sebanyak RM50,000 untuk Kesejahteraan Komuniti dan Penyelidikan Penjagaan Kulit


KAO Malaysia dan Universiti Malaya (UM) semalam meraikan penyempurnaan kempen “Skin Protection, Life Perfection” dengan satu Memorandum Persefahaman (MoU) termeterai antara kedua-dua pihak untuk memajukan kepentingan kesihatan awam melalui pendidikan dan penyelidikan penjagaan kulit.


Di bawah kerjasama ini, KAO Malaysia menerusi jenama rangkaian produk penjagaan kulit Bioré -- akan menyumbang dana RM50,000 merentasi dua inisiatif mercu yang diketuai Universiti Malaya. Inisiatif yang pertama ialah program penglibatan komuniti bertajuk "Beautiful Change Begins With Us" yang akan diuruskan oleh Pusat Penglibatan Komuniti Universiti Malaya (UMCares) dan bertumpu kepada kesedaran kebersihan, kelestarian alam sekitar, dan kesejahteraan mental yang positif. Inisiatif yang kedua ialah kerjasama penyelidikan bertajuk "Innovative Clean Skincare Formulations for Skin Protection and Healthy Living," yang akan dikendalikan oleh Fakulti Sains, Universiti Malaya. Usaha ini adalah sebahagian daripada komitment KAO Malaysia untuk menyumbang 1% daripada jumlah jualan produk Bioré KAO Malaysia untuk memanfaatkan penyelidikan kesihatan kulit di Malaysia.


“Kerjasama di antara kedua-dua pihak selaras dengan komitmen KAO Malaysia untuk menjana impak yang dipacu sains dalam komuniti yang kami layani, melangkaui hanya inovasi produk,” kata Encik Yamazaki Hirobumi, Presiden KAO Malaysia. "Kami percaya bahawa perlindungan kulit bukan sekadar pilihan penjagaan diri, tetapi juga adalah tanggungjawab kesihatan awam. Kami berbangga untuk memajukan wawasan ini bersama dengan Universiti Malaya demi kesejahteraan rakyat Malaysia."

Kerjasama Tonggak Antara Industri dan Akademia

MoU ini merupakan kerjasama akademik yang pertama bagi KAO Malaysia dengan institusi pendidikan di Malaysia. Di bawah kerjasama ini, KAO Malaysia dan UM akan berusaha untuk mengangkat kepentingan penjagaan kulit menjadi tonggak asas kesihatan komuniti.

Berpandukan visi "Skin Protection, Life Perfection ", kempen ini merapatkan komitmen KAO Malaysia terhadap perlindungan kulit dengan kepimpinan penyelidikan UM untuk memanfaatkan rakyat Malaysia bagi jangka masa panjang. Dengan ini, inisiatif yang asalnya bermula sebagai kempen kesedaran yang dipacu komuniti, kini diperluaskan dan dibiayaii KAO Malaysia, untuk mengukuhkan inisiatif penglibatan komuniti yang dikendalikan oleh pihak UM di samping menaik-taraf peralatan , keperluan penyelidikan serta pendidikan kesihatan dan kesejahteraan kulit. Selaras dengan MoU tersebut, Universiti Malaya turut akan menerajui inisiatif penyelidikan baharu dan usaha pendidikan awam yang bertumpu kepada penjagaan kulit secara mampan.



“Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan KAO Malaysia dalam mengukuhkan jalinan antara sains dan masyarakat,” kata Profesor Madya ChM. Dr Noraini Ahmad, Pengarah Pusat Penglibatan Komuniti UM (UMCares). “MoU ini menandakan suatu langkah ke hadapan yang cukup bermakna, di mana hasil penyelidikan akademik dianjak untuk memenuhi keperluan penyelesaian dunia yang sebenar. Keberkesanan Kerjasama ini sememangnya akan membawa faedah yang besar, daripada memajukan pembangunan rumusan formulasi secara bersih kepada memupuk penglibatan komuniti yang lebih besar.”

MoU tersebut ditandatangani oleh Presiden KAO Malaysia, Encik Yamazaki Hirobumi dan Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato' Seri Ir. Dr Noor Azuan Abu Osman, dan disaksikan oleh Watsons Malaysia selaku rakan penjualan rasmi. Majlis juga diserikan dengan penyerahan simbolik sumbangan derma.


Membina Asas Kesihatan Kulit Sepanjang Hayat
Dilancarkan pada Mei 2025 dengan kerjasama Watsons, kempen "Skin Protection, Life Perfection " memperjuangkan perlindungan kulit sebagai asas kepada kesihatan dan keyakinan diri untuk sepanjang hayat. Selaras dengan pendekatan jenama Bioré iaitu "Cleanse. Protect.", kempen ini menggabungkan pendidikan oleh pihak pakar, penglibatan langsung pengguna dan komitment sumbangan derma sebanyak 1% daripada hasil jualan produk untuk menyokong penyelidikan kesihatan kulit di Malaysia.


Kempen telah menampilkan pembentangan oleh Universiti Malaya dan pakar penjagaan kulit, dengan sokongan rangkaian runcit Watsons yang menawarkan ganjaran dan penebusan pelanggan yang eksklusif. Dengan MoU ini, kempen tersebut diakhiri dengan komitmen bagi jangka panjang untuk memajukan kesihatan kulit melalui kerjasama akademik.

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif KAO di Malaysia, layari: www.kao.com/my